Assalamualaikum WBT
BERIBU gambar makanan dan kucing dalam galeri gambar handphone Sk ni. Dia asal makan jer nak ambil gambar dulu, tu satu. Satu lagi, asal nampak kucing tengah tidur pun mesti nak ambil gambar. Nampak kucing jilat-jilat badan pulak mesti nak ambil video, hahahaha. Jadi, marilah kita tepek gambar-gambar makanan dekat blog, gambar-gambar kucing kat muka buku.
Ada dua episod lagi kisah jjcm Muo ni nak kena habiskan sebelum kita buang gambar dia. Jadi, ni sambungannya la ya. Walaupun macam masih kenyang makan Asam Pedas Ikan Bawal Emas tu, tapi macam tak cukup syarat aje kalau tak pergi makan malam di Stesen Bas Muo. Dekat stesyen bas ni ada dua buah medan selera terbuka iaitu Tapak Bentayan 1 dan Tapak Bentayan 2. Kami keluar lewat sikit laaa, pukul 9 lebih baru gerak dari hotel.
PI pesan Mee Bandung. Teh o panas tu untuk Sk. Mee Bandung dah naik harga RM1. Dulu, RM7 sepinggan. Dekat sini, ada pekerja datang meja kita ambil pesanan, nanti bila makanan sampai terus bayar.
Otak-otak dan sata ni memang bila kita pergi makan di mana-mana medan selera kat Johor ni, dorang letak atas meja. Kita bayar yang mana kita makan aje, tak semestinya habiskan sebakul. Tak tahu berapa harga sebab tak makan yang ni.
Sk pesan lempeng. Ia datang panas-panas bersama gula dan sambal tumis ikan bilis. Syiok pulak la cicah lempeng dengan gula, teringat zaman budak-budak dulu. Hurmm.. seronok betul masa tu ya, mak ko berdiang tepi dapur melempeng, kau tinggal duduk mencecah, huhuhu. Sk tengok di banner gerai, harga lempeng RM5, tapi bila Sk dah hulur RM5, dia kata 6. Hurmm.. tambah jer la lagi seringgit.
Masa orang tu hantar lempeng, PI tanya macam ni.. gerai awak yang mana? Sambil tunjuk banner pada gerai lempeng. Sk ingatkan PI nak cakap pasal harga lempeng kat banner tu RM5, rupa-rupanya PI tanya, "ada tauhu bakar ke?" Sebab nampak ada gambar tauhu bakar kat situ, hahahaha. PI mintak tauhu bakar 1 set. Lembut tauhu dia, selalu kami makan tauhu bakar liat keras macam tu, ni lembut jer. Tapi maaflah, dah nak habis makan baru teringat ambil gambar, hahaha.
Ni tengah fikir apa nak makan lagi, agaknya. Matilanakkkk, nanti dia mesti paksa Sk makan sama-sama. Perut kita dah rasa nak pecah!
Sebenarnya kami ada pesan sate jugak tapi dah berapa kali Sk nampak pekerja dia ke hulu ke hilir hantar sate, tapi tak ada yang dihantar ke meja kami. Sk cakap dengan PI, kalau dia tak hantar pun tak apa laaa. Sk betul-betul tak larat dah nak ngunyah sate, apalagi nak telan, hahahah. Tu la tu, PI toleh ke gerai sate, tengok macam tak ada jer sate untuk kami.
Cuaca panas, dari siang bawa ke malam, dahaga memanjang. Simptom kencing manis la tu kann, huwa huwa huwa. Tapi tu la, tetap jugak layankan nafsu nak minum minuman sejuk dan manissss. Kami pesan pulak Jus Oren untuk PI dan Jagung untuk Sk. Murah tau harga jus buah dekat sini, baru RM3. Air jagung Sk tu, RM3.50 siap ada ketulan-ketulan jagung dalam dia. Ni kalau pergi dekat Food Fest, mahu RM7 secawan, tu pun paling murah laaa.. huhuhu.
Burpp.. Alhamdulillah.
Sempatlah ambil gambar gerai sup tiga rasa ni masa lalu kat tepi dia. Kali ni tak pesan sup pulak PI nya, hehehehe.
Suka la tengok SK dan PI buat JJCM..tapi tu la maintain aje....kalau SA...jangan harap..sebab tu masuk program turunkan berat badan tu
ReplyDeleteWah meriahnya macam² ada dekat sini...
ReplyDeleteKalau dah kenyang tu mmg mengharap sangatlah jangan sampai la makanan yg dipesan tu haha... Tapi kalau tengah lapar, jangan memain la ahaha
SK isteri solehah. Taat dan patuh arahan PI. Doa banyak-banyak janganlah sampai pecah perut time jjcm
ReplyDelete