MAKAN DI GERAI ASAM PEDAS KAMPUNG NELAYAN 4

Seri Kandi Tanah Jauhar
3

 Assalamualaikum WBT 


MASA dalam perjalanan nak balik ke Bei Boutique Hotel dari Tomisstan Resort Muar, kami tak guna waze. Pakai ingat-ingat ajelah, keluar dari simpang jalan tanah merah tu, kami belok kiri dan jalan terus aje. Macam tu la ingatnya, tak ada belok-belok gitu. Jalan punya jalan, baru tersedar, kami tak ikut jalan yang sama dengan masa datang tu. Tup tup nampak jambatan, sungai dan bot nelayan. Lepas tu, baru perasan, depan kami, Medan Asam Pedas Parit Jawa.


Dari kejauhan nampak ramai manusia berpusu-pusu di gerai yang terletak di tengah-tengah medan selera. Sk terus bagitahu PI, itulah gerai yang kawan Sk cakap sedap tu. Gerai ni memang dibuka petang, kami pula selalu datang tengahari.  PI tanya, nak singgah tak? Jom jom jom, hahahaha.


Berebut orang nak makan asam pedas. Yang menariknya, ramai orang cina ya. Kalau orang cina suka makan asam pedas orang Melayu, maknanya memang sedap tu. Banyak pilihan ikan seperti ikan mayong, pari, merah dan bawal emas. PI nak ikan merah tapi yang tinggal bahagian kepala aje. Yang ada bawal emas la bahagian ekor itu pun sebab lambat buat keputusan (sebab kami tak pernah makan bawal emas masak asam pedas), nyaris-nyaris jer tak dapat.


Rezeki, dapat bahagian ekor bawal emas. Ikan bawal emas ni bentuknya macam bawal jugak tapi badan dia panjang. Masa balik dari Muar, kami singgah pasar Parit Jawa, nampak ikan bawal emas tapi lupa nak ambil gambar. Sekejap, Sk google gambar bawal emas, hihi.


Inilah dia, ikan bawal emas atau golden pomfret. Bentuk macam ikan bawal tapi lebih panjang dan berwarna keemasan terutama di bahagian ekor dan siripnya.



PI ambil nasi dua pinggan, salad dengan sambal belacan. Sk tengok banyaknya nasi, baru nak cakap ambil satu nasi jer, bahagi dua. Kononnnnn... sekali, habis licin ya dua-dua orang makan. Apa tak licin nya, asam pedas dia betul-betul sedap. Cukup pedas, cukup masam, ini la baru betul-betul asam pedas. Ikan bawal emas tu pun sedap, tak ada rasa hanyir, isi tebal, puas makan. Sambal belacan dia, lagiiii laaa, rasa berasap telinga, hihi.



Selain masakan asam pedas, ada jugak ayam goreng, ikan kembung goreng,  telur dadar, udang sambal dan sayur kubis. Tak ambil lauk lain sebab ikan kami tu dah cukup besar. Kami sempat bertanya pada abang yang tukang kira harga tentang waktu perniagaan. Menurut beliau, waktu operasi dari 5.30 petang hingga 1 pagi (atau sehingga habis). Dorang masak dua trip ya, tak pastilah trip yang kedua, pukul berapa, lupa nak tanya. Total harga makanan dan minuman kami, RM31.


Ada nasi lemak bungkus dekat sebelah kami ni pun member tak pandang ya. Kami minum air mata kucing dan jus tembikai ni la, pun sedap sangat air dia. Tak menyesal la singgah. Burppp.. Alhamdulillah. 

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Selalu SA pi pasar parit jawa tu beli ikan segar, ni dah lama x pi sana...

    ReplyDelete
  2. Kiranya tak sesat jalan kan SK sebab rezeki menanti berhampiran jambatan.
    Dah berangan nak makan asam pedas tapi tak terbuat juga. Sedap tu ikan bawal emas, berlemak beb!

    ReplyDelete
  3. Sama mcm k.amie berangan nak makan asam pedas tapi belum terlaksana lagi nak membuatnya...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!