MAKAN PHO BO DI RESTORAN ABA & MENGOPI DI KOPI TENGGEK KULAI

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT



DAH lama dah gambar makan Pho Bo di Restoran ABA ni bersidai dalam galeri gambar handphone Sk. Nak delete sayang, nak blog, asyik lupa.



Ni pergi 16 Mei, nampak tak punya lama. Macam selalu, Sk pilih Pho Bo iaitu Kueyteow Sup Daging. 


PI ambil Pho Ga atau ayam. Saja nak rasa ayam pulak dia kata.


Letak chili oil


Selain chili oil, letak jeruk bawang putih jugak. Tukang masak ni memang berasal dari Vietnam dan telah berkahwin dengan kawan PI. Sk lupa nama dia, tahu ABA jer nama restoran jadi Sk anggap nama dia Aba, padahal PI ada bagitahu nama sebenar dia, hehehe. Aba ni mamak-mamak macam PI jugak la jadi tak perlu was-was ya, memang muslim yang memasaknya.


Aaa.. ni gambar masa pergi baru-baru ni, kita rangkumkan sekali la ceritanya. Sk kan kalau makan Pho Bo ni sampai tak boleh nak bercakap, very very hot & spicy.


Kali ni, Sk ikut petua Kak Amie, kalau nak hilangkan pedas cepat, kena minum air panas, tapi ter-order teh o panas pulak, hihi.



Dah la minum air manis kat Restoran Aba, balik tu singgah pulak mengopi di Restoran Kopi Tenggek Kulai. KTK ni dah buka malam ya sekarang.  Depan-depan restoran ni ada stall.


Lepas tu rupanya KTK ni dah buka satu lot kedai lagi di sebelahnya tapi ni dia buat ruangan bersila.


Kami pesan kopi seorang secawan dan roti bakar dua set. PI pesan Roti Baghdad jugak dari stall kat depan ni. Penangan minum kopi malam tu memasing maraton drama series sampai awal pagi, huhuhu.

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Ammi pun kalau ke kedai Viet mmg gemar order Pho Bo. Sejenis mmg suka yg berkuah jadi lepas dia, dia lagi kita order

    ReplyDelete
  2. mashuk kalau ada cili oil....sedapppp 💖💖

    ReplyDelete
  3. Pho bo macam tak pernah dengar pulak. Nampak sedap jugak tu. Takde kat Lipis ni rasanya. Kalau ada boleh try. Macam mi celup je.

    ReplyDelete
  4. Cantik hirisan daging dan ayamnya tu. Ooo namanya pho bo dan pho ga. Chili oil tu fav Firdaus. Ha, ok lah tu order teh panas. Kira air panaslah juga hihihiii, tapi lebih menjadi kalau air kosong suam terlebih panas sikit.

    ReplyDelete
  5. Tak pernah makan lagi... rasa nak try la pulak

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!