Assalamualaikum WBT
24 Jun 2025, PI ajak makan di Kafe Selebriti selepas fyp di TT beliau. Sk teringat sebelum ni pun pernah jugak fyp di TT Sk tapi tak ada rasa nak pergi pulak sebab Sk fikir PI tak minat kafe macam ni, kan. Tak tahu la tu apa yang buat dia terasa nak pergi, huhu.
Kafe ni terletak di Anjung Medini (yang ada Mydin tu), sebaris dengan Subway dan bersebelahan Pizza Hut. Boleh pilih nak makan di dalam ruangan berhawa dingin atau di meja luar. Kami pilih duduk di luar.
Banyak jugak pilihan dalam menunya.
Cuma yang tak menahan, harga untuk menu lokal. Ini harga untuk Singaporean yang datang JB ni. Mencekik betul, hahahaha. Ada aje restoran jual harga mahal sesuai dengan suasana restoran tapi ni kat sini, tak sesuai betul la letak harga mahal. Mahal sangat ke sewa kat Anjung Medini ni ek?
Seram Sk.
Pisang goreng pun dah RM15, matilanakkkk.
Harga minuman pun dah macam kali 3.6 ni.
Aaa.. Sk tataw nak makan apa. Macam tak logik la harga dia. Tengok ada menu caviar tu, kan.. kebetulan pulak Sk baru cerita dengan PI pasal caviar tu.
PI siap buka wallet kira duit, hahahaha.
Air ni tak mahal sangat, tapi memang Sk biasa minum Lemon Madu ni, kan.
PI makan Mee Rebus biasa, RM18 ya macam ni, hahahaha. Mahal kalau sedap giler takpe. Tapi, okeylah, tak ada rasa yang pelik-pelik. Kadang mee rebus kalau tak jadi, dia ada rasa pelik.
Selain Mee Rebus, PI pesan Sup Tulang Merah jugak. Lepas tu, dia tanya Sk, nak makan apa? Seram ya Sk nak order sebab takut tak sedap dan tak berbaloi.
Sup ni datang dengan Roti Perancis, 6 keping. Nasib banyak dia bagi roti tu, tapi tulah, dalam resit dia tulis garlic bread. Tulang tu dia bagi 4 ketul, sorang makan dua ketul dengan roti tiga keping, memang kenyang jugak. PI cakap, lagi sedap Sup Tulang Merah yang Sk selalu beli tu. Aaaa.. Sk tak tahulah PI cakap tu, sama ada...
Sk dah agak, selebriti dimaksudkan dari seberang Tambak, hihi.
Tertutup pulak dengan jari, dapat diskaun RM4.50.
Dekat Medini? macam x logik je mahal giler macam ni..tapi tu la..cafe selebriti kan..SA dah tau ni so seram la nak pi...heheheh
ReplyDeleteDatang JB boleh try, nampak menarik.
ReplyDeleteBahaya juga tengok TT ni. Selain terpengaruh dengan barang, terpengaruh dengan resipi, boleh terpengaruh juga dengan tempat-tempat makan. Agaknya PI rasa macam sedap, tu yang dia nak cuba kot. Seram betul tengok harganya. Kalau sedap kira okay lagi lah kan. Ooo patutlah selebriti seberang Tambak tu, harga rakyat sana. Saya pun pernah tertipu dengan garlic bread. Yang disapu butter je. Tapi yang ni lagi tragis, dapat kosong gitu je. huhu...
ReplyDeleteSaya kalo belek menu tgk harga mcm tu terus rasa turn off nak makan...sebab ada kedai boleh bagi rasa sedap dengan harga murah..kenapa nak bayar mahal...ek...
ReplyDeleteharga dia convert dari seberang tambak gak kut SK ikut chef nya huhu :)
ReplyDelete