NASI LEMAK IKAN BILIS MATA BIRU

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT 


ALHAMDULILLAH,  baru lepas cuci pinggan mangkuk dan periuk belanga selepas makan tengahari. Orang lain makan tengahari lepas zuhur kita makan tengahari lepas asar. Itupun cuma masak nasi dan panaskan lauk-pauk kelmari iaitu Kari Daging semangkuk kecik, Asam Pedas Ayam 4 ketul dan sup ceker serta leher ayam dari lebihan masak nasi ayam tuari. Pagi tadi kami bersarapan di Ashoka Curry House, ingat nak makan apom tapi dah habis. Jadi, PI makan tosei dan roti canai, Sk makan puri.  Lepas tu berjalan sampai ke Paradigm Mall, PI nak beli Australian Beef Striploin, ada promosi, RM79.99 sekilogram. Tak silap harga asal RM1xx, tak ingat.



Punyalah panjang mukadimah, padahal nak cerita pasal masak nasi lemak ni hari rabu lepas atas permintaan PI sebab dia nak makan dengan ikan bilis mata biru, hadiah top Komentar dari Kak Amie, blogger Blog Amie's Little Kitchen.


Cili giling habis, balik kerja Sk terus rebus cili kering dan kopek bawang, blend dan lebur dalam minyak panas.  Sambil masak sambal atas kuali, Sk cuci beras dan tenggek dalam rice cooker.


Dah nak makan, barulah goreng ikan bilis mata biru ni. Kami tak pernah beli ikan bilis jenis ni, tu la PI teruja lagi-lagi bila tahu ianya ikan bilis dari Sabah. Sedap ikan bilis ni, tak masin sangat.


Timun lebih dari masak nasi ayam ada separuh batang lagi, habiskan.


Telur lenggang dari 3 biji telur ayam. Malas nak potong kecik, hidang aje sekeping-sekeping besar. Tapi tu la, kacang tanah tak ada, hehehe.


Esoknya bawa bekal sarapan dan tambah sebiji telur rebus. Ikan bilis tertimbus bawah telur dadar, hehe. Burppp.. Alhamdulillah. 

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Alhamdulillah. Ikan bilis mata biru sudah jadi peneman nasi lemak.
    Hari ini kita pun makan nasi lemak juga tapi di kedai makan.

    ReplyDelete
  2. Telur rebus jugak, telur lenggang jugak, mantappp... ahahaha

    ReplyDelete
  3. Patutlah lambat makan tengahari, dah kenyang makan sarapan rupanya. Tudiaa nasi lemak yang menggoda sudah tiba. Dah selamat merasmikan ikan bilis mata biru ye. Saya je belum merasmikan lagi. Nak masak nasi lemak juga goreng ikan bilis macam ni.

    ReplyDelete
  4. Belum rasmikan lagi ikan bilis kak amie bagi. Sedap ikan bilis tu goreng garing.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!