MINUM² DI PADI KOPITIAM

Seri Kandi Tanah Jauhar
9

 Assalamualaikum WBT 



JAMMED melekat pagi ni, nasib baik ada roti. Ini gara-gara dua kejadian kenderaan rosak di laluan ke pejabat. Satu kejadian kereta rosak di Taman Laman Setia manakala satu lagi lori rosak di lebuhraya Pasir Gudang dekat-dekat dengan Warung Wak Radol. Dah la Sk keluar lambat sikit, maka semakin lambat la. Tak dapatlah balik awal hari ni, huhuhu.



Kejadian 10 hari lepas, pergi minum-minum di Padi Kopitiam Eco Botanic. Sajalah nak minum-minum gitu.



Menu dia agak lain sikit. Banyak pilihan dessert.


Pakkal dah kenyang masa tu.


Goreng pisang sambal kicap pun ada tapi dah habis pulak.



Pesan Kaya Butter White Bread 1 set. Ni 1/2 dah dimakan.


Sea Coconut with Longan Dessert Sweet Soup (cold) pilihan PI.


Halus mulus parutan aisnya.



Popiah (2 pcs). Popiah tu panjang dia potong dua, dapatlah 4 ketul.


Snow Fungus with Lotus Seed Dessert Sweet Soup (Hot) ni untuk Tuan Tanah Kedaung. Ni kalau kat Johor kita panggil Cikong, hehe.


Iman makan Tomyam Char Lou Shu Fen with Prawn, lupa nak ambil gambar makanan Iman, hehehe. Lou Shu Fen tu nama mee dia kot, dia guna mee udon, char tu goreng.. jadi Mee Udon goreng tomyam dengan udang, gitulah kot maksudnya, hahaha.

Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Mujoq bawa roti, bulih makan dgn jem ahak :D
    Cikong tu pernah dengar... macam lai ci kang sikit2 dak? Ampun kalau salah hihi

    ReplyDelete
  2. kena dah tu SK, dalam jemmed ada pula roti hehe :)

    ReplyDelete
  3. mujur ada bekalan roti...mengancam sunggu sea coconut longan

    ReplyDelete
  4. sea coconut tk mkn tp longan fav...

    ReplyDelete
  5. Aiiih lapaaaaar saya lihat menu2 nya, trutama yang sea coconut 😍😍😍. Segar sangat nampak kak

    ReplyDelete
  6. Minuman yang SK pesan tu, boleh sejukkan badan, kan.

    ReplyDelete
  7. Ini baru betul jem ada roti. hihi..ohh orang Johor panggil cikong eh. Tapi saya tak tahu, Johor tak berapa nak Johor sangat. Sea Coconut with Longan Dessert Sweet Soup tu macam sedap je.

    ReplyDelete
  8. Pergghhh.... dahsyatnya menu!
    Cikong, dessert, popia tu.... aduhai!

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!