SARAPAN DI KEDAI KOPI REMAJA ANA

Seri Kandi Tanah Jauhar
3

 Assalamualaikum WBT 


PAGI ini Sk dan PI pergi ke pasar tani Taman Sri Pulai. Sejak semalam, PI dah berzikir nak makan udang sambal petai. Udang dah ada, tinggal nak beli petai jer sepatutnya tapi PI kata, nak beli udang lain, nak beli petai tu dah tentu. Tapi, sampai pasar tani lain yang jadi. Nampak banyak ketam betina jadi tak jadilah masak udang sambal petai. PI minta masakkan sambal ketam pulak, hihihi.


Kalau dah ke pasar tani tu, memang rambang anak tekak tengok pelbagai makanan dan kuih-muih yang dijual tapi abaikan ajelah perasaan itu sebab dah plan nak sarapan di Kedai Kopi Remaja. Lagipun nak kena beli makanan kucing di Rania di Rumah Mara Tampoi. Sk macam biasa la, kalau ada lontong, nak la lontong, tak nampak yang lain dah, hehehe.


Tengah makan lontong, barulah pesanan-pesanan lain sampai. Roti Bakar dua set (4 keping), telur separuh masak dan Roti Telur untuk PI. Minuman kami, teh o panas untuk PI dan Sk minum kopi panas. Lepas habiskan sekeping roti bakar, roti telur dan telur separuh masak, total 3 biji telur la PI makan, PI terus angkat bendera putih.  Terpaksalah Sk kasi perabih roti bakar bahagian PI. Now, tengah menyandar kekinyangannnn. Petang-petang aje la kita masak dan makan tengahari ya.

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Sama la kita peminat lontong. Kalau ada menu lontong mesti order.

    ReplyDelete
  2. PH pula selalu kalah dgn nasi lemak. Asal sarapan, itu la pilihan no 1.

    ReplyDelete
  3. uiiishhh nampak pekat betul kuah lontongnya tuuuu

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!