MAKAN DI RESTORAN JWD MEE TARIK @ PUTERI HABOUR

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum WBT 



17 Julai, hari khamis, repeat makan Mee Tarik di Restoran JWD Mee Tarik @ Puteri Habour. Antara beberapa restoran mee tarik yang kami pernah pergi, PI kata, dekat sini yang supnya tu berasa lembu, yang lain semua rasa sup kosong.


Belek-belek menu tapi tetap ambil yang sama jugak, hihi.


Menu sup.


Ladu atau dumpling, boleh pilih yang kukus atau yang goreng. Masih terasa ralat tertinggal ladu yang ditapau sebab tak habis, masa datang sebelum ni.


Malam tu ramai,  kiri kanan ni ada pelanggan.


Selalu Sk makan mee tarik goreng tapi kali ni teringin nak makan sup. Nampak tak, dagingnya dihiris nipis betul,  sekali pandang macam cendawan.


PI kalau dah makanan depan mata, memang tak peduli dah kiri kanan.


Sk masih lagi bagi kamera makan dulu tak habis-habis, hihi. Depan mangkuk tu, chili oil dan cuka hitam. Sk tak berani nak makan dengan cuka tu.


Letak chili oil jer. Setiap suapan kena titis chili oil. Lambat sikit la habis makan mee sup, kalau mee goreng, sekejap jer habis, tak mencabar.


PI kata, tak payah ambil ladu. Eh, mana boleh.. ladu is must la kalau makan di restoran mee tarik. PI makan dua biji jer kot. Sebab takut tertinggal, Sk habiskan je walaupun perut rasa nak meletup! 



Burppp.. Alhamdulillah. 

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. lama tk mkn mee tarik...suka juga dumpling tu

    ReplyDelete
  2. Sedapnya mee tarik..SA ingat cendawan..daging rupanya..apa nipis sangat...ke memang standard size kedai diorang...

    ReplyDelete
  3. Cantik hirisan daging tu. Firdaus suka sangat chili oil tu.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!