Assalamualaikum WBT
BUAT ketiga kalinya kami menginap di Bei Boutique Hotel Muar.
Kali pertama CUTI-CUTI MUAR & kali kedua SATU MALAM DI MUAR
Nampaknya susun atur dan dekorasi hotel masih sama macam masa kami datang mula-mula dulu.
Ada perpustakaan di lobi. Ulat bulu buku mesti suka. Kebanyakan bukunya berbahasa inggeris.
Ada ruang yang selesa untuk membaca dan boleh juga mengopi di sini. Disediakan mesin penapis air sejuk dan panas serta serbuk kopi dan teh dengan sistem layan diri.
Ruang kecil dimanafaatkan sepenuhnya.
PI sedang berurusan di kaunter, mem duduk menunggu. Sekejap sahaja berurusan, PI buat tempahan pagi masa kami bersarapan di Teko Cafe Kampung.
Katil saiz queen.
Ada beranda ya bilik ni, tapi dia macam halaman sebenarnya, bilik kami di tingkat 3. Sk tak keluar sebab risau terserempak dengan tetamu lain.
Kabinet dan almari bersambung.
Seterika dan papan penggosok disediakan.
Kelengkapan untuk mengopi dan mengeteh. Ada peti keselamatan dan peti ais.
Shower dia best, tekanan air laju.
Dalam pukul 5, kami keluar menghala ke Parit Jawa. Destinasinya, Tomisstan Resort yang terletak di tepi laut. Aduh, kenapa tah boleh tak ambil gambar laut pulak. Cuaca panas berdenting, tak tahan berada di luar lama-lama. Dekat sini ada bilik penginapan, kolam memancing udang untuk kanak-kanak dan kolam memancing yang luas untuk bapak-bapak.
Ada restoran dan kafe. Boleh pilih nak makan di luar atau dalam kafe. Memandangkan dekat luar tu panas, walaupun cantik, marilah kita masuk kafe yang berhawa dingin.
Cantik kafe, klasik moden gitu.
Luar dalam cantik ya.
Tulis sendiri kod makanan dan minuman dalam form ni, kemudian bawa ke kaunter dan terus bayar. Pesanan akan dihantar ke meja oleh staf.
Masih kenyang makan Nasi Baryani Wak Gondan, kita minum-minum saja.
Kita mengelat minum Dark Chocolate Milk.
Twilight Hour untuk PI. Ia gabungan jus buah markisa dan buah peach.
Lama jugak tunggu dorang petik kacang edamame ni, hihihi. Sajalah tu, nak suruh kitorang berendut lama-lama kat sini, hahahaha.
Sampai hotel dah masuk waktu maghrib bagi daerah Muar. Tapi sebelum tu, ada singgah tempat lain dulu, di mana? Nanti Sk blog lain ya. InsyaAllah.
Cafe tu cantik giler..dah macam cafe2 dalam citer korea plak
ReplyDeletecantik boutique hotel tu....terliur tgk air gabungan buah markisa & peach tu...siap ada meja mcm buaian tu..nice
ReplyDeleteMenariknya hotel macam library. Mesti owner nya tu suka membaca.
ReplyDeleteCantik hotelnya. Jus markisa dengan buah peach tu, 🍑 aduhai, nyaman bah!
ReplyDeleteMemang konsep boutique dia dapat sangat 👍👍👍. Estetik betul Deko nya. Saya jadi ingin buat perpustakaan pribadi saya macam itu, dengan sofa2 empuk utk tempat membaca ❤️❤️
ReplyDelete