KETAM MASAK SAMBAL

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT 


Ni sambungan dari kisah pergi pasar tani nak beli udang dan petai hari tu. Tak jadi beli petai, udang beli, dan beli jugak sejenis makhluk berkaki lapan dan ada dua sepit, hehehehe. Geram tengok banyak yang betina, jadi kita pun masuk plastik 4 ekor. Ketamnya sederhana besar, tu yang geram tu, huhu.



PI request masak sambal, baiklah.. saya menurut perintah. Belajar masak sambal ketam ni pun dengan PI jugak cuma dulu PI ajar, kena goreng dulu ketamnya. Tapi, yang ni Sk tak goreng, lepas sambal dah cukup masak, dah masuk garam dan gula, baru masukkan ketam. 


Macam mana nak tahu ketam tu dah masak ke belum, tengok warna sepit dia. Kalau dah merah semua tu makna dah masaklah isi ketam tu. Lagipun cengkerang ketam ni bukan tebal sangat pun, sekejap jer dah masak. Ni bukan makan sekaligus, ni lauk untuk dua malam, hehehe.


Mungkin baru lepas musim mengawan kot, lumayan betul telur dari 4 ekor ketam. Pernah eh beli ketam betina semua, tapi telur secoet jer ada. Telur ni tabur garam dan serbuk kunyit sikit.


Panaskan sikit minyak, kemudian goreng.


Goreng sampai garing lepas tu boleh makan dengan nasi putih panas-panas, dapppp! 

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Paling jarang beli ketam sebab susah nak makan. Hihi

    ReplyDelete
  2. Terliur nengok telur ketam tu SK. Jarang2 beli ketam bertelur. Kalau kat rumah ni, anak no. 2 & suami suka ketam masak sweet sour. Selalu saya deep fry dulu ketam sebelum masak sweet sour 😃

    Lama tak menyinggah blog kengkawan, rindu pulak baca celoteh rakan2 bloggers 😄 Apa khabar SK? Harap sihat2 hendaknya.

    ReplyDelete
  3. Ya allah sedapnya telur ketam tu....kita pun suka ketam..tapi jarang la beli dah sebab kita sorang je suka makan...yg lain x layan

    ReplyDelete
  4. Ammi kalau masak ketam prefer style SK...lebur je terus. kalau goreng dulu nanti macam melekat isi dan kulit (eh macam lagu Search pulak)...ahaks

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!