MAKAN NASI BARYANI WAK GONDAN

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

 Assalamualaikum WBT 


MASA tengah sarapan di Teko Cafe Kampung, sabtu lepas, PI kata, jom jom pergi Melaka. Sk geleng kepala,  bosan dah pergi Melaka, komen Sk. Macam tu, pergi Muo nak? PI pujuk lagi. Sebenarnya, dah beberapa kali PI ajak jjcm ke Muar tapi malas nak melayan. Dia macam tu la, tahunya baju seluar dah siap berlipat, baju kerja dah siap gosok tinggal pakai, jadi dia ingat semua kerja dah beres.

Sebelum tu, masa dalam perjalanan nak sarapan tu dia ada request nak makan tengahari, sambal taukua. Tu takpa, dia tanya, pandai tak masak asam pedas Kedah macam Kak Roz (kakak PI) masak? Sk jawab, nanti google jer resipi, hehe. Disebabkan rasa malas nak masak, jadi Sk setuju la untuk ke Muo. Cuma agak kecewa, tempat yang Sk teringin nak menginap tu dah habis ditempah.


Lepas sarapan di Teko Cafe Kampung tu, kami balik rumah dulu. Kemas toilet kucing dan kemas pakaian yang nak dibawa. Gedebak-gedebuk, dalam pukul 12.30 macan tu baru gerak. Dah sampai Ayer Hitam, perut pun mula berbunyi. Sk tanya PI, nak makan Kari Kambing 40 Hari atau nak Nasi Baryani Wak Gondan? Lepas tu sama-sama pulak pilih NBWG gara-gara lama tak dapat jemputan kenduri, hihihi.


Kalau datang anak-beranak lebih dari tiga orang, lebih jimat kot ambil set dulang. Set dulangnya ada 5 pilihan, tepuk dada tanya selera.


Ada tunjuk arah jelas, di mana nak mula beratur. Masa kami sampai ni, dah tak panjang beratur dan nampak ramai yang baru lepas makan. Meja pun banyak kosong. Ruang beratur untuk makan dan bungkus berasingan. Mula-mula kita jumpa periuk nasi dulu, layan diri ya. Boleh ceduk nasi ikut suka kita nak banyak mana. Seterusnya, baru ada pekerja yang cedukkan lauk yang kita mahu. Ini kali kedua kami makan NBWG ni, tapi, kali pertama dulu kami tapau.



Kami dua-dua penggemar kambing. Papadom dan acar jelatah (pencuk) tu pun layan diri ya. Pencuk tu banyak timun dari nenas tapi sebab boleh ambil banyak mana pun, macam tak wajar pulak la nak komplen bab tu, hehe.


Dekat sini, disediakan minuman kordial percuma dan free flow. Memang puas hati la boleh ambil air ulang-ulang nak nak pulak dalam keadaan cuaca yang panas berdenting hari tu.


Sk ambil nasi banyak jugak, peliknya, boleh terlebih-lebih pulak kambing tu. Memang tak lokek la pekerja dia letak lauk pun. Agaknya dia tengok nasi kita banyak, lauknya pun dia letak banyak jugak. Nasinya sedap, berasa rempahnya dan lembutttt sungguh. Daging kambingnya ada yang lembut dan ada yang macam bahagian berdaging tu, agak keras tapi masih boleb kunyah la. Yang mana daging kat tulang tu, boleh lerai, tak lah rugi dapat isi kambing melekat kat tulang. Rempah kambing pun sedap. Burrppp.. Alhamdulillah. 

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Salams hari isnin SK, Seronoknya...PI suka JJCM, banyak portionnya.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!