DURIAN GORENG

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT


HARI ini dan semalam (macam tajuk lagu pulak), Sk bertugas di luar kawasan.  Semalam, satu hari, hari ini setengah hari. Alhamdulillah, siap tugas yang diberi cuma tinggal dilaksanakan (oleh pegawai berkaitan) dan tunggu harinya, sama ada jadi atau pun tidak. Bahagian Sk dah lepas dan Sk tunaikan sebaiknya. Tu la tu, semalam, dah petang baru sempat memblog, heheheh.


Dua tiga minggu lepas, Sk ada cerita beli durian COD. Awalnya, harga dipersetujui RM12/sebiji tapi, bila dah dapat duriannya jadi 12 biji, RM100. Dah beli durian ni, PI pulak demam selsema dan batuk sikit. Esoknya tu, Sk kopek 4 biji,makan sorang-sorang dalam beberapa ulas, lebihnya simpan dalam fridge, lusanya, ehhh.. dengan Sk Sk demam sekali. Pakej batuk dan selesema. Orang kata, kalau musim buah macam gitu la. 


Risau durian jadi masam, Sk kopek semua simpan jugak dalam esbox. Ni durian yang kopek mula-mula tu, ada baki adunan tepung beras yang buat goreng pisang tuari, Sk fikir, baik goreng jer durian tu. Mungkin durian goreng tak mudarat untuk orang batuk selesema ni, fikir Sk, hahahah. 


Rupa dia macam cempedak goreng tapi rasa durian, hahaha. Manis lemak la, kalau cempedak kan rasa manis manis masam sikit, ni betul-betul manis berlemak.


PI makan la yang goreng ni tapi tak sangka pulak, dia tak berani langsung nak makan durian yang raw tu ya. Sk ingat, nak buat serawa la, tapi tak sempat, Sk sendiri yang kasi perabih sikit.. sikittt.. sambil niat buat ubat, hihi. Sayang kokkkk, seratus tuuuuuh! 

Tags

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Sana sini orang tak sihat. Semoga cepat baik Mak Inche' dan Pak Inche' nya. Fuhh..lain macam dia punya ubat. Durian goreng terus. Memang sayanglah RM100 tu, eloklah kita cepat perabiskan sebelum rosak. Tak sempat nak buat serawa, dapat buat durian goreng pun okay dah ni. Macam menarik je buat durian goreng. Boleh cuba nanti. Tapi kalau dah jumpa durian, risau tak sempat goreng je dah habis dulu. hihi...

    ReplyDelete
  2. SImpan dalam frezer tahan kak boleh buat serawa hehehe.. sedap nya musti harum semerbak masa goreng ni

    ReplyDelete
  3. SK mcm style ayah saya grg durian, time kami kecik-kecik dulu ayah suka grg, lama dah tak pekena durian goreng.....

    ReplyDelete
  4. Betul musim durian ni ramai yang demam dan batuk..memang cenggitu kan..jangan SA demam dah la...x pernah lagi makan durian goreng

    ReplyDelete
  5. first time tgk durian goreng.. musim durian + cuaca panas ni, mmg batuk menjadi².. semoga sihat² sentiasa semuanya

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!