Assalamualaikum WBT
PI cerita semalam, tahu tak malam tadi, babah terkejut dari tidur. PI kata, dia mimpi pergi shopping, masa nak bayar tu, kena sampai RM1000. Apa yang mahal sangat (?), dia pun tengok dalam bil, Sk beli ikan dory sampai RM600. Terus dia terjaga sampai tercungap-cungap (macam mimpi hantu). Melampau betul! Kata, Sk. Kalau mimpi bini mati tu lain la nak terkejut macam tu, hahaha.
Okey, la.. kita lupakan pasal mimpi PI. Kali ni, Sk bawa pembaca ke Sup Iskandar Puteri yang terletak di bandar Gelang Patah, dekat-dekat dengan Petronas Gelang Patah. Sesuai namanya, pelbagai jenis sup boleh dipilih di sini. Selain sup, ada nasi lemak daun pasang.
Teruja PI kalau jumpa NSDP. Dia terus pesan 3 bungkus, nak makan dua katanya. Ni pergi 1 Julai lepas.
Pesan semangkuk sup kambing. Tapi tu la, dia tak jadi makan nasi lemak kedua tu. Nak pulang balik segan, jadi, terpaksalah Sk habiskan.
Nasi dia tak mencapai kpi PI, hehehe.
Lot kedai sebuah-sebuah di Medan letak kereta.
Geram jer tengok durian kat depan ni.
Balik tu, singgah Taufeeq pulak makan tosei. Tapi, PI sorang jer la makan. Sk dah kekenyangan makan nasi lemak dua bungkus, hehehe.
Hohoooo...2 bungkus pulun nasi lemak ye. Kesian PI, NLDP tak capai KPInya.
ReplyDeleteBoleh pulak mimpi macam tu ye. Hahaha. Patutnya PI ambik sebungkus dulu rasa kalau ok baru la ambik lagi.
ReplyDelete