Assalamualaikum WBT
SEKARANG nampak banyak tempat yang letak kiosk-kiosk untuk perniagaan. Sebelum kami tinggal di taman perumahan sekarang, kami tinggal di Flat Bandar Baru Kangkar Pulai. Masa Iman umur 4 tahun, baru pindah rumah sekarang. Taman kami ni dekat jer dengan flat lama. Kalau jalan utama sesak, PI ikut jalan pintas depan flat ni. Dekat flat ni, memang banyaklah warung pacak yang kemudiannya dinaik taraf kepada kiosk perniagaan.
PI kata, ada jual roti canai malam. Aaa.. memang tertarik la kalau nampak ada orang kita meniaga roti canai waktu malam, kan. Jadinya, 16 Julai hari tu pergilah nak makan roti canai. Selain roti canai ada menu lain jugak.
Lupa pulak nak snap gambar menu kiosk Cik Bad ni. Tapi, tengok pada menu-menu tu, ada kemungkinan Cik Bad ni berasal dari utara. Ada laksa dan ada bihun sup utara juga. Tapi tu la, bila tanya sambal untuk bihun sup, ditunjuknya sambal kicap.
Dah elok dah, jalan dah dibesarkan dan ada kotak parkir disediakan.
Sk pesan Mee Kuah Udang. Ada udang 4 ekor dan telur sebiji dibelah dua. Aaa.. tak payah dah pergi makan
Mee Udang Kuala Sepetang. Bagi Sk, rasa tak mengecewakan, sedap la.. tak kalah dengan Mee Udang Kuala Sepetang.
PI yang kata nak makan roti canai tu, pun makan Mee Kuah Udang jugak. Tapi, PI kata, mee dia kena celur lama baru sedap. Entahlah PI tu, dia nak suruh celur sampai lembik agaknya, hahaha. Cuma tu laaa, udangnya tak begitu segar, lembik sikit dan melekat dengan kulit.
Lepas habiskan mee udang, PI pesan roti canai sekeping. PI makan separuh, lepas tu paksa Sk habiskan pulak.
Sedap jugak roti canainya. Garing dan lembut, cicah kuah kari. Nampak ramai jugak pelanggan datang bungkus roti canai termasuklah satu couple India ni. Tu maknanya, sedap la kan, padahal, ada dua tiga buah ada kedai mamak berdekatan. Lain kali kalau rasa nak makan roti canai melayu malam-malam, bolehlah datang sini lagi.
memang port lah nie, kalau ada roti canai...lagi2 kalau roti canai dengan kuah nya, sedap ngam...
ReplyDeleteAlaaa...bestnya port lepak SK dan PI...mee udang tu buat kita terliur la...kena cari nanti ni
ReplyDeletesedap tgk mee kuah udang tu
ReplyDelete