SARAPAN DI WARUNG ROTI JALA MAK BULAT @ MUAR

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

 Assalamualaikum WBT 


KISAH JJCM Muo minggu lepas, ni yang akhir la ya, hehehe.

Untuk makluman pembaca atau mereka yang ingin menginap di Bei Boutique Hotel Muar, penginapan di BBHM kini tidak lagi disediakan bersama sarapan. Kafe hotel kini telah dijadikan Restoran Masakan Thai. Bagus jugak sebab kami memang plan untuk bersarapan ala Muar.



Pagi tu, kami terus check out. Macam selalu la, PI yang tukang cari tempat. Pilihan beliau, Warung Roti Jala Mak Bulat yang terletak di Taman Khalidi Baru, Muar.


Sk memang kipas susah mati (die hard fan) lontong. Rasanya, minggu lepas jer tiga kali dah makan lontong. Dua kali lagi tapau kat kantin Kak Sab.


Lambat ya servis dekat WRJMB ni. Tak tahulah sebab pelanggan dia terlalu ramai ke. Sk dah makan separuh macam ni, pesanan PI tak sampai-sampai ke meja.


Datang pun ia, nasi lemak untuk PI. PI nak makan roti canai tapi dorang kata, roti canai lambat. Padahal nasi lemak jer pun lambat, hihi.


Nampak selera PI makan, agaknya dah lapar sangat menunggu.


Akhirnya dapat jugak makan sate di Muo. Sebelumnya pesan sate di Medan Selera Bentayan 1 tapi tak dapat, kan. Satu persatu eh makanan dihantar. Dah habis satu baru sampai lagi satu, macam course by course pulak.



Last but not least katanya, Roti Jala Mak Bulat is must la. Roti jala datang dua keping dengan kari ayam. Kari ayam tu boleh mintak kuah aje atau dengan ayam sekali. Saiz potongan ayam tu macam potong 12 kot, besar jugak.


PI suruh Sk makan satu. Baiklahhhh, hahahaha.


Waktu perniagaan setiap hari kecuali selasa, dari 7 pagi hingga 11 pagi.


Lepas sarapan, kami menuju pulak ke Pasar Parit Jawa. Air bertakung baru lepas hujan awal pagi.


Suasana di pasar Pt Jawa. Pasar ni merupakan bangunan baru. Tapi tu la, beli ikan pari aje dua keping, sekilo RM30, Total, RM42, memang mahal la harga ikan pari sekarang.


Dari Muo kami menuju ke Batu Pahat, singgah minum cendol di Cendol Akhbar.


Sedap cendolnya, cendol halus lembut, santannya lemak manis amboi³.


Yang ni lagi la amboi amboi amboi.. dah puas dapat jjcm mulalah dia tak larat dah nak memandu. Mengelat betul!

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Cie pun sama die hard fan lontong. Hihihi. Nak kena cari lontong jugak ni. Kedai taman Cie ni ada jual lontong.

    ReplyDelete
  2. Hahah…adoi, gelihati part last tu. Siap bukti orang tak larat memandu!

    Ohh roti jalanya buat style lepas gitu, tak gulung/lipat.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!