SAMBAL UDANG LETAK PETAI

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT 


SETELAH dua hari berturut makan lauk Sambal Ketam, esoknya tu, PI mintak masakkan sambal udang letak petai pulak. Nampak tak.. selagi dia tak dapat, selagi tu laaa kena jugak masak. PI kata, nanti dia balik kerja, dia singgah kedai beli petai. Uh, bila masanya nak masak kalau tunggukan PI balik, jadi, biarlah Sk yang beli petainya. Petai sebungkus 11 hengget pulak. Tak sampai hati nak claim tapi sekarang ni teringat, dua hari lepas beli beras lupa nak claim. Aaaa.. nanti kita claim sekaliarung la, hahaha.



Udang tak besar sangat kali ni, kita masak lebih sikit, boleh buat bekal pergi kerja esoknya. Petai tu, masak separuh bungkus aje, belah dua kotlah ada ulat duduk dalam tu. Tapi, tak ada ulat langsung ya. Kadang, datang malas, Sk tak belah pun petai, tapi kali ni rajin nak belah. Takpelah, kalau ada ulat anggap jer la isi udang jugak, hahaha.



Banyak kali snap pic dalam kuali ni, tepek jer laa sini. PI pesan, kopek udang siap-siap. Sk buang kulit bahagian badan aje, kepala dan ekornya Sk biar. Kepala tu yang bagi rasa manis udang.


Lagi gambar udang dalam kuali. Lepas ceduk masuk mangkuk, malas dah nak ambil gambar. Memang makan satu lauk aje malam tu, tak de add on telur kicap, ke ada, macam tak ada, hehehe.


Nak buang gambar-gambar dah pakai dalam galeri, nampak Quesadillas ni, penat menung beli dekat mana. Ingat punya ingat, oh, PI beli dekat dataran niaga kompleks BBU. Warung Rojak Padil tu dah pindah situ tau, PI singgah beli rojak tauhu dan nampak stall Quesadillas ni, tu dia beli. Kebetulan pulak, hari yang sama petang tu Sk beli rojak jugak. Gambar rojak malas nak snap, hehehe.


Kuih tepung bungkus ni RM1.50 sebiji, PI beli kat pasar malam Taman Teratai. Gedabak besar kuihnya.


Aaaa.. ni pulak, Pai Labu, Kak Imah bagi. Kemahen lagi acuan bentuk love. Keras dan nampak mahal acuannya tu tapi sayang jenis pakai buang.


Sedap, terutama bahagian inti labu tu. Antara geng baking kat office, cuma Kak Imah jer yang masih rajin buat kek la, buat kuih la. Kami-kami semua nak keluarkan loyang pun dah tak larat, hahaha.

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Saya pun selalu lupa nak claim...kadang2 sampai kesudah x claim....cantiknya bekas bentuk love tu...

    ReplyDelete
  2. sedapnya...SA dah habis stok udang...tu yang hari tu buat sambal sotong letak petai...SA suka sambal udang macam ni guan udang yang sederhana besar

    ReplyDelete
  3. waduhh.. lapar laa plak petang2 gini. haha

    ReplyDelete
  4. Alamak... sedapnya, sambal udang petai dia... Sulaiman pun, kalau kita masak udang, dia suruh kopek kulit.

    ReplyDelete
  5. Walaupun saya tak suka makan udang, tapi saya suka je makan sambal udang. Ambik sambalnya aje.

    Yelah, elok bekas pai labu tu. Macam sayang nak buang.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!