Assalamualaikum WBT
ISNIN, 21 Julai 2025, masak Asam Pedas Ikan Pari, yang dibeli dari pasar awam Parit Jawa, Muar. Balik kerja singgah kedai beli daun kesom dan bendi. Tu takpa, balik rumah baru blend cili kering dan bawang nak buat pes asam pedas. Kira hari rajin masak laaa.. kalau malas masak, kena rajin pulak bersiap nak keluar makan, heheheh.
Selain tu, beli jugak timun baby dan buat sambal belacan. Kebetulan cili hidup ada stok sikit dalam esbox. Sambal belacan tu guna chopper jer sebab malas nak tumbuk guna lesung batu.
Esoknya bawa bekal.
Ada lagi tiga ketul ikan pari, panaskan buat makan malam, malam tadi.
Ingatkan nak tambah telur dadar tapi PI minta udang goreng. Udang tu perap garam kunyit jer sikit, goreng sekejap, aaa.. shiappp!
Menu ni mengundang bethol :)
ReplyDeleteUi, sodap ni... kalau ada telur dadar tu mmg padu lagi rasa mkn kat kedai dah.. hehe
ReplyDeletehari tu ada beli ikan pari..sygnya x leh makan..ada bau hancing dan haring...sejak tu x beli ikan pari..nak kena cari yang ebtul2 fresh nampaknya ni...
ReplyDeletesedap
ReplyDeleteUdang goreng garam kunyit masak sekejap saja tu sedap tau SK. Terasa manisnya.
ReplyDelete