MAKAN -MAKAN DI THE MORSO BANDAR DATO ONN

Seri Kandi Tanah Jauhar
3

 Assalamualaikum WBT 



TAIP padam.. taip padam.. 

Merujuk pada gambar dan tajuk, nampaknya begitulah suratan takdir. Seorang bos dan seorang rakan akan berhijrah meninggalkan anak-anak buahnya pada akhir bulan ini. Bagi mengenang jasa beliau, satu majlis Jasamu Dikenang diadakan pada Jumaat minggu lepas di The Morso cawangan Bandar Dato Onn.


Kalau dah namanya majlis, mesti ada makan-makan. Ada yang mengembekkkkk!


Ada yang mengayam... kokokokokkkk!


Secretary salah buat pesanan, sepatutnya ada pasta untuk Lamb Chop tapi dia ter-klik Classic Lamb Chop (tanpa pasta). Untuk Chicken Chop boleh pilih grill atau deep fried. Pilihan pasta sos carbonara atau marinara.


Grill Chicken Chop with Pasta Marinara.


Ni Lamb Chop yang disiapkan kemudian, dapatlah yang ada pasta, tapi rupa-rupanya pasta untuk kambing ni pasta kosong tanpa sos.


Mushroom soup sorang semangkuk. 


Lepas ni geng makan-makan kami dah tambah ahli baru tapi dua ahli lagi mengundur diri.


Bersama staf pengajar.


Selain tu juga, diraikan baby-baby yang dilahirkan pada bulan April, Mei, Jun dan Julai.


Inilah baby-baby tuuuu. 
(Semoga tak ada cikgu BM yang marah, Sk guna perkataan baby-baby)


Potong kuihnyaaa..



Doa Perpisahan

Pertemuan kita di suatu hari
Menitikkan ukhuwah yang sejati
Bersyukurku kehadap Illahi
Di atas jalinan yang suci

Namun kini perpisahan yang terjadi
Dugaan yang menimpa diri
Bersabarlah diatas suratan
Kutetap pergi jua

Kan kuutuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Alloh bantulah hamba-Mu
Mencari hidayah dari pada-Mu
Dalam mendidikan kesabaranku
Ya Alloh tabahkan hati hamba-Mu
Diatas perpisahan ini

Teman betapa pilunya hatiku
Menghadapi perpisahan ini
Pahit manis perjuangan
Telah kita rasa bersama
Semoga Allah meredhoi
Persahabatan dan perpisahan ini

Teruskan perjuangan
Kan kuutuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Alloh bantulah hamba-Mu

Senyuman yang tersirat di bibirmu
Menjadi ingatan setiap waktu
Tanda kemesraan bersimpul padu
Kenangku di dalam doamu
Semoga... Tuhan berkatimu

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Ada yang datang, ada yang pergi. Alamak, pasta tanpa sauce, kena makan dengan sauce lamb chop lah gitu. Mana cukup sauce tu. huhu..tapi dah ada depan mata, kita makan aje ler. Kelakar pulak ada yang mengembek, mengokok. hahaha...
    Dapat jugaklah meraikan birthday mereka yang sambut birthday. Senang majlis 2 in 1 gitu. Aduh, lagu ni menyedihkan setiap kali perpisahan.

    ReplyDelete
  2. Sedap2 semuanya tu terliur pulak tengok. Seronok ada geng makan ramai2. Silih berganti geng makan2 tu ye. Yang dah pergi tu nanti mesti rindu moment makan2.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!