MASAK ASAM PEDAS AYAM LADA HITAM

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

 Assalamualaikum WBT 


PAGI tadi, sejuk bumi Jauhar apabila hujan turun membasahi bumi. Masa tu, Sk dah sampai pejabat, tengok cuaca agak mendung. Tak lama kemudian hujan turun berserta guruh. Tapi, tak lama hujannya. Petang ni dah panas balik. Walaupun Sk suka hujan sebab sejuk, tapi sebenarnya agak trauma jugak jika berlaku lagi banjir macam awal tahun hari tu. Minggu lepas, Sk lalu kawasan bekas banjir tu, masih belum pulih sepenuhnya lagi. Banyak barang elektrik rosak masih terdampar di luar rumah mangsa.


Baiklah, asyik kisah makan di kedai, hari ni kita cerita kisah makan di rumah pulak. Kisahnya masa ni, PI belum makan nasi tengahari, jadi, dia  mintak Sk belanja makan (nasi) kat kedai. Sk cakap, Sk lagi rela masak untuk selamatkan duit Sk, hahaha. Takkkk, sebenarnya, tak kisah pun nak belanja, tapi sebab PI kata nak makan nasi, lagi baik la Sk masak sendiri sebab dua hari sebelumnya baru makan kat kedai tomyam. Macam bosan pulak makan tomyam, baik masak asam pedas ayam, hehehe. Nak lagi kick, Sk tambah lada hitam cuma terlupa nak singgah kedai beli daun kesom. Mujurlah ada stok daun limau purut dalam freezer.


Macam selalu, ada ayam berkuah dan ayam goreng.


Biasa memang Sk akan hidang siap-siap macam ni dan tutup tudung saji dulu la, tunggu dalam 10 - 15 minit baru makan. Karang melocot pulak jari cubit ayam baru keluar kuali, hehehehehe.

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. SA nak cuba la buat asam pedas ayam macam ni...pernah belajar buat tapi macam x jadi je...

    ReplyDelete
  2. Semestinya airtangan MI lagi sedap dari yg kedai punya la kan 😋

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!