Assalamualaikum WBT
ESOK merupakan hari kelepasan am bagi negeri Johor sempena Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar. Macam biasalah, bila cuti jatuh pada hari khamis, kita ambil pulak cuti hari Jumaat supaya dapat cuti panjang hujung minggu. Tu takpa, PI ambil cuti jugak hari ni dan sudahnya, dengan Sk pun ambil la cuti sekali, hihi. Lagipun Iman tengah cuti semester, dapatlah luangkan masa lama sikit dengan anak, gituuuhh!
Menu dia baru, mungkin ada perubahan harga. Boleh tengok sama tak dengan harga sebelum ini
DI OLD POST.
PI makan Char Kueyteow Penang, RM14.90. Sebelum ni, Sk juga pernah makan menu yang sama. CKTP sedap.
PI nak Mashed Potato, RM8.90. Ni dia guna kentang betul, boleh rasa tekstur kentang tu.
Iman makan Sweedish Meatballs, RM17.90. Meatballs dia nampak kering tapi bila dah masuk mulut, rasa lembut juicy. Banyak meatballs dalam pinggan tu sampai Iman tak habis. Ada side dish coleslaw, salad dan mashed potato. Sos dia sedap.
Sk nak makan mee goreng tapi takde, ada mihun goreng dan nasi goreng jer selain kuey teow. Ambil mihun la, sedap tapi masin sikit. Mihun goreng ni, RM15.90 (seafood).
Minuman mereka.
Balik, singgah Taman U beli durian. Hari tu datang makan kat sini, kali ni take away. Ambil durian tekka, RM100, 3 biji.
Minta kopekkan dan masukkan dalam bekas ni, sampai rumah terus makan. Yang oren ni lemak manis.
Salah satu dari durian tu tekstur isinya macam bersabut sikit walaupun sedap.
Oh, ni bil makan dekat Fatimah & Son's. Rasa macam mahal sangat pulak, makan gitu jer dah RM90+. Agaknya sebab air dia pun dah dekat RM10 lebih satu, huhu.
Cuti tersepit macam tu memang kena ambik cuti la sehari je nak kerja. Sedap2 la menu akak tertengok waktu malam camni mengundang kelaparan pulak ni.
ReplyDeleteCKTP memang best laaah. Saat saya masih stayed di Penang , itu macam makanan fav saya di kantin kampus 😄. Jadi rindu pula.
ReplyDeleteAiiih duriannya kaaaaak. Nanti di KL saya nak cari durian. Walaupun mungkin dah tak musim saat saya kesana
Bestnya amik cuti lama...SA nanti bulan 9 la merasa lama cuti..
ReplyDeleteKita tergoda tengok mihun goreng seafood.
ReplyDeleteCantiknya isi durian. 😋
Mahal mungkin sebab udang dia besar kot dalam kuetiau dan bihun tu. Sempat lagi tu beli durian. Durian tekka tak pernah rasa lagi.
ReplyDeleteBesar betul udangnya tu SK.
ReplyDeleteNampaknya durian belum sampai LD. Lambat betul musimnya....