Assalamualaikum WBT
SEMALAM, dapat notification dari whatsapp, rider dah hantar parcel, barang yang Sk pesan dari TT. Ada satu barang lagi, Sk fikir esok lusalah kot tu sampainya. Tup tup, petang tu, satu lagi barang sampai. Sk tengah busy masa tu, kedua-dua gambar dari rider tu Sk tak download pun, cuma hantar emoji thumb up tanda terima kasih. Cuma macam pelik, sebab biasanya kalau parcel dari TT ni selalu dihantar rider yang sama, jika dihantar pada tarikh yang sama.
Masa nak buka parcel tu, memang Sk tak baca sebarang maklumat yang ditampal. Sk ambil gunting, gunting bahagian atas dan keluarkan isinya. Ada dua beg plastik berasingan, kebetulan pulak, barang yang Sk beli tu memang macam ngam aje saiz dan beratnya dengan barang yang Sk terima ni. Tapi, kenapa dua plastik? Tanya dalam hati. Sebaik sahaja keluarkan isinya, nampak tertulis Tawau Cocoa. Laaaa.. ni Kak Amie yang kirim ni. Terus Sk whatsapp Kak Amie, hihi.
Bukan sahaja Sk terlepas entri Top Komentar, Sk jugak tak perasan
Kak Amie ada buat entri selepas semua hadiah diposkan. Tu la yang tak tahu cerita menang tu, hihi. Setakat Kak Amie menganjurkan pencarian Top Komentar ni, Sk sentiasa dalam carta, Alhamdulillah. Dan, fridge magnet antara hadiah wajib dari Kak Amie untuk semua pemenang.
Selain cenderahati yang dibeli dari Sabah, yang ini dari Brunei Darussalam. Boleh jadikan tempat simpan makeup ni, ianya berzip keliling.
Ada Tawau White Coffee. Ni Kak Amie kata, tersalah beli, sebenarnya Kak Amie nak beli minuman Koko.
Menurut Kak Amie, beg manik ni dari Sarawak. Bolehlah Sk buat tempat letak lipstick sebab ruangnya agak lebar juga.
Kain ni juga dari Sarawak. Ni kalau buat alas meja makan pun cantik, kan. Nanti setiap kali makan, Kak Amie dapat pahala. Dahlah warna dia sesuai dengan warna kabinet dapur Sk.
Pagi tadi masak nasi goreng dan bancuh Tawau White Coffee. Mujurlah hari Sabtu ni hari cheat day, dapatlah minum kopi putih Tawau yang sedap ni.
Memang betul-betul sedap, tak kalah dengan jenama terkenal lain yang ada di pasaran Semenanjung. Terima kasih Kak Amie yang murah hati dan sentiasa menghargai teman blogger. Semoga Allah swt tambahkan lagi rezeki wang, kesihatan yang baik, bahagia dan sejahtera selalu bersama keluarga tercinta, Amiinnn Ya Robbal Alamiiinnn.
Tahniah ❤❤❤
ReplyDelete𝑇𝑎ℎ𝑛𝑖𝑎ℎ𝑛𝑦𝑒𝑟𝑟 \(@ ̄∇ ̄@)/
ReplyDeleteIni betul-betul surprise dari kak Amie ni. Tahniah! Sama dapat corak kain batiknya. Cantik dan lembut kainnya. Kopi tu sedap ek. Tak bancuh lagi.
ReplyDeleteAlhamdulilah..tahniah :)
ReplyDeleteSA pun dh dapat hadiah dari Kak Amie..entry bakal menyusul..best kan hadiah kali ini..dapat ikan bilis 2 jenis
ReplyDelete