BUFFET BOSS @ IBIS STYLES JOHOR ISKANDAR PUTERI

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum WBT 


HARI kerja, kadang-kadang tu rasa macam bosan jugak la asyik makan tengahari di tempat yang sama, lumrah manusia kan, mudah jemu dengan sesuatu. Kerja memang tak pernah habis, dah namanya kerja. Tapi, ada masa bila kerja dah banyak siap, marilah kita reward diri dengan pergi makan di tempat yang ekslusif.

Buffet Boss di Ibis Styles Johor Iskandar Puteri pasti memberikan anda sedikit kelainan dari kebiasaan. Harga pun berpatutan dan di dalam bajet kita, cuma RM28+, boleh makan macam-macam sampai tersandar kekenyangan, hahaha.


Khamis lepas, SK dan PI janji untuk lunch sama-sama dan kami pilih untuk ke Buffet Boss di Ibis Styles Johor Iskandar Puteri. Masuk sahaja ke ruangan buffet, perkara yang menjadi tumpuan Sk adalah set pinggan mangkuknya yang kerlasss. Feel dia lain uiii kalau dapat makan atas pinggan yang cantik dan mewah. Ada styles la Ibis Styles Johor Iskandar Puteri ni.

Mula-mula makan nasi dulu la... lapar ni. Jom tengok lauk!


Chicken Kung Pao

Biasa kami jumpa masakan Kung Pao ni menggunakan sotong atau udang, jadi, bila jumpa lauk Chicken Kung Pao memang ianya menjadi pilihan untuk diceduk ke dalam pinggan. Masakan kung pao ni menggunakan sos soya atau kicap jadi ianya masakan yang simple dan kelihatan sedikit hitam la selalunya. Bagi mereka yang kurang gemar masak kicap, jangan risau, kicap tu light aje. Ada rasa pedas-pedas manja dari penggunaan cili kering. 


Beef Madras Curry

Ia berbeza daripada kari India kerana ia dibuat dengan sos tomato dan bawang tanpa santan dan mempunyai rasa yang kuat dan pedas dengan penggunaan campuran rempah, cili dan lada hitam. Dagingnya pun empuk, syukurlah, risau sakit gigi tapi yang ni okey, hihi.


Chinese Sweet Sour Fish

Ikan digoreng salut tepung kemudian dimasak dengan sos gabungan rasa masam dan manis. Masam dan manisnya seimbang. Mereka yang tak makan pedas, sesuai makan lauk ni. Walaupun dimasak sos, tapi salutan tepung pada ikan tak lembik dan masih rangup lagi.


Roasted Potato Onion

Kentang diperap dengan rempah yang ringan kemudian dipanggang bersama bawang dan tomato cerry. Sk suka la masakan kentang macam ni, ratah-ratah macam tu aje pun sedap. Kentang bakar kaya nutrisi seperti vitamin C, B6, dan mineral kalium yang mendukung kesihatan jantung dan saraf. Ia mempunyai serat yang baik untuk pencernaan serta antioksidan yang melawan radikal bebas dan menurunkan risiko penyakit kronik. Proses pembakaran (bukan digoreng) membuat kentang menjadi pilihan sihat yang dapat membantu mengawal berat badan dengan memberikan rasa kenyang lebih lama serta meningkatkan kepuasan makan


Stir Fried Kailan

Sayur kailan dapat meningkatkan kekebalan tubuh, menjaga kesihatan mata dan tulang, melancarkan pencernaan, serta membantu mengawal gula dalam darah dan menurunkan risiko penyakit kanser. Ia kaya dengan vitamin A, C, K dan folat serta mineral seperti serat, zat besi, kalsium, dan antioksidan yang bermanfaat untuk kesihatan secara menyeluruh. Jadi, jom makan kailan selalu.


Seorang pempedas tentu suka sebab di Buffet Boss ni banyak pilihan sambal dan ulam.


Sup Daging Lembu ni tak kosong ya, tengok warna dah boleh agak penggunaan rempah-ratusnya.


Pembuka selera rojak dengan pelbagai pilihan.


Kuah rojak menggunakan petis atau otak udang.


Pelbagai pilihan kerabu.


Kerabu sosej


Kerabu ayam


Kerabu kek ikan


Kerabu Mangga


Kaunter salad dengan pelbagai pilihan sos dan dressing.


Mee Goreng Mamak dia menggoda betul la. Sarat dengan kasih-sayang ya. Lepas makan nasi, boleh makan mee goreng pulak.



Mee berkuah atau mee sup pun ada dengan tiga pilihan mee iaitu mee kuning, kuey teow dan yee mee. Condiments pun pelbagai jugak.


Sup tomyam dia sedap.


Kita pekena la semangkuk.



Kek potong dan swiss roll. Sedap-sedap semuanya yang penting tak ada rasa pengawet.


Buah-buahan.


Puding Caramel dan Jelly pun ada sebagai pencuci mulut.


Bubur kacang merah.

Untuk lauk-pauk, sup dan desserts ni bertukar-tukar la, bukan setiap hari sama. Nanti chef bosan pulak hari-hari masak benda sama, hihi.



DIY Ais Kacang. Sedap tau letak gula kabung banyak-banyak, suka rasa kenyal-kenyal dia tu. Lepas tu letak aiskrim tiga scoop, hihi.



Pilihan minuman kordial.


Boleh sambung mengopi lepas makan sambil makan kek.


Maaf bos, saya balik pejabat lambat sikit, hihi.




Aaaa.. manalah tahu, kan.. ada yang datang bercuti ke JB bawa anak-anak, ada stall khas untuk kanak-kanak jugak.


Pilihan pelbagai biskut. Ni jangan kata budak, mak pak budak pun gemor!


Kadang-kadang, anak-anak ni ada yang bukan pemakan, bolehlah ajak main kaler-kaler. Ambil jer lukisan yang disediakan ni bersama warna pensil yang disediakan khas untuk anak-anak.


Macam tak percaya, kan... semua ni hanya RM28+ seorang.

BUFFET BOSS

Cuma RM28+
Isnin hingga Jumaat sahaja
12 pm hingga 2.30 pm
Streats Restaurant (Aras 1)


Untuk tempahan hubungi 012 484 3352

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. bestnya tgk menu buffet..lama la tk mkn buffet camni..rambang mata

    ReplyDelete
  2. bestnya..menarik je susun atur, kemas je nampak.. macam ni memang terbuka selera

    ReplyDelete
  3. Macam2 ada...dengan harga tu berbaloi la...

    ReplyDelete
  4. RM28 utk menu begini sangat² berbaloi SK. Kalau dekat sini, kim salam la menu meriah gini utk harga tu.
    Kentang bakar tu kalau makan di hotel kemain rasa kenyangnya. Buat sendiri di rumah macam tak kenyang pulak 😅 nak juga nasi haruuuuu

    ReplyDelete
  5. wah selain pelbagai lauk pauk best ada biskut lagend gak. best sungguh

    ReplyDelete
  6. RM28 je menu kemain meriah. Ingatkan RM88-98 dah tadi. Bestnya kalau ada kat Lipis ni boleh terjah waktu lunch time.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!