MINUM PETANG DI TOASTMA KOPITIAM

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

 Assalamualaikum WBT 


SYUKURRR.. Alhamdulillah. Sk dan PI baru balik dari Temerloh, Pahang selepas 3H2M berada di daerah yang terkenal dengan ikan patin. Pagi tadi, sebelum balik, sempatlah jalan-jalan ke Pekan Sehari atau ada yang panggil Pekan Sari Temerloh. Sk cakap, gemok-gemoknya patin, geram betul! PI boleh pulak tanya, siapa Patin? Kita ni cakap pasal ikan.. 🤣.


Kita tinggallah dulu cerita pasal patin tu ya. Hujung-hujung minggu ni, kotlah ada yang singgah ke blog Alam Sari Di Tanah Jauhar ni, Sk nak blog tentang sebuah kopitiam baharu dibuka di 68 Avenue, Gelang Patah, Kopitiam Toastma.


Sebaik duduk, kami diberikan menu dan kod QR untuk membuat pesanan terus dalam talian.


Menarik jugak menunya sebab lain dari yang lain ni, Japanese Curry Rice.


Tapi, kami cari menu mee, mujurlah ada yang berkenan di tekak.


Sementara menunggu hidangan dihantar ke meja, kita tangkap gambar dalam kopitiam.


Pelanggan tak ramai, cuma meja kami dan sebuah meja lagi sahaja diduduki. Sekarang ni terlalu banyak kopitiam baharu dibuka di Iskandar Puteri. Dekat 68 Avenue ni pun dah ada 3 - 4 buah kopitiam yang mesra muslim.


Sk mengopi petang tu, lepas tu macam pening lalat, hahaha. Sejak dah kurang mengopi ni, boleh minum kopi sebelah pagi aje. Tapi, bila datang gian tu, belasah aje la, malam pun mengopi.


Suruh PI bertenang sekejap, kita nak tangkap gambar dia dengan telur separuh masak kegemaran PI dari kecik sampai tua.


Nak bagitahu, roti bakar dia sedap, garing dan tak kedekut butter. Masa ni PI tengah makan separuh bahagian roti.


Besar ya, makan separuh letak balik dalam piring. Nampak tak butter dia tu melelehhhh.


Chili Pan Mee pilihan Sk. Sedap la lagi-lagi bila gaul dengan chili oil tu. Kuning telur jangan pecahkan, moody nanti satu hari, hahaha. Yang bulat-bulat tu, fish ball tapi macam berempah sikit. Panas-panas tu baru angkat dari kuali agaknya.


PI makan Wanton Mee. Macam selalulah dia kata, tak boleh lawan Mee Wantan Kak Maznah.


Penuh meja, silap pulak duduk meja kecik untuk dua orang. Kami ni memang patut ambil meja untuk empat orang, hehehe.


Terbang RM42, nak minum petang sangat, kannnn.

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Cie ni kalau kopitiam2 camni memang suka sangat la check in.

    ReplyDelete
  2. Sedapnya wantan mee, dried pan mee...SA tgh demam ni selera kelaut dalam....hari ni masak ikan patin tempoyak..ikan patin beli kat Pekan Sari Temerloh last week...sodap...x bau punnn

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!