KUIH BAKAR ARANG

Seri Kandi Tanah Jauhar
3

 Assalamualaikum WBT 


KISAH BERCUTI KE PORT DICKSON


UNTUK rekod, ini kali ketiga Sk bercuti ke Port Dickson. Kali ni pergi berdua, Iman ada program sukarelawan di Kuching, Sarawak bersama team Universiti Tekologi Malaysia, Skudai. Ada beberapa universiti lain jugak yang join. Dari UTM, Skudai, ada 10 orang la termasuk Iman.


PI kongsikan dengan Sk, Kuih Bakar Arang di Jalan Pedas - Linggi. Sk masukkan dalam aplikasi waze, kami perlu keluar di Plaza Tol Pedas - Linggi kemudian keluar simpang kanan ni.


Alhamdulillah,  tak jauh pun dari Plaza Tol, gerai Kuih Bakar Arang ni. Kalau di JB, Sk selalu beli Kuih Bakar Kak Maznah, tu yang PI bawa ke sini pulak.


Kecur tengok kuih-kuih bakar dalam talam ni tau.


Kuih Bakar Pandan


Kuih Bakar Labu


Kuih Bakar Durian



Kuih Bakar Daging akan ditaburkan daun sup dan hirisan cili selepas dibakar. Maaf, video ketika ditaburkan daun sup gagal dimuatnaik.


Harga kuih Bakar, beli banyak ada diskaun tau.



Proses pembakaran. Video gagal dimuatnaik, kita screen shot jer la eh.


Sk beli perisa pandan ni sebab dah biasa kalau beli kuih bakar mesti nak yang pandan ni, hehehe.


Terpaling favourite Kuih Bakar Daging. Dagingnya tu garing-garing gitu. Paling best bila ada aroma daun sup dan pedas sikit bila tergigit cili.


Kuih Bakar Durian ni favourite PI. Memang durian asli ya, bukan flavour durian dalam botol tu. Masa dia angkat, bergoyang inul kuihnya masa tengah panas-panas. Dah sejuk pun rasa lembab basah gitu.


Petang tu, bancuh Teh O Panas, berkeping-keping masuk perut, hehehe. Menurut penjual kuih bakar ni, semua perisa kecuali daging, tahan selama tiga hari di luar, manakala KB Daging, tahan sehari sahaja. Lepas sehari, kalau tak habis boleh masuk peti sejuk. Perisa selain daging, lepas tiga hari jika tak habis, masukkan dalam peti sejuk. Tapi, kalau dah masuk peti sejuk, dah lain la kan tekstur kuih bakar tu, baiklah makan cepat-cepat habiskan dalam masa tiga hari, aaaa.. gituuuuh.

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Asik telan air liur je bila jenjalan blog SK ni tau.
    Kuih bakar memang kegemaran saya. Belum pernah makan yang ada daging.
    Betul…ada makanan yang berubah tekstur bila masuk peti sejuk. Jadi kurang sedap.

    ReplyDelete
  2. Macam2 flavour ada..pandan tu mmg wajib kalo dah namanya kuih bakar...

    ReplyDelete
  3. Aduh, kita yang dekat ni pun tak pergi-pergi lagi. Nampaknya kena pergi jugak ni sebab tergoda tengok macam-macam kuih bakar ada. Dahlah saya pun peminat kuih bakar. Sedap tu kuih bakar masak cara tradisional. Yang pandan tu memang wajib beli lah kan. Makan kuih bakar ni kena makan terus habiskan. Kalau kena simpan dalam peti ais tu nanti dah kurang rasa sedap dia. BTW, Video is unavailable. Tak tahu lah kot orang lain tengok ada. Mungkin internet saya problem.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!