MASAK NASI TOMATO & AYAM MASAK MERAH

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

 Assalamualaikum WBT 



TAMAT sudah kdrama bersiri, Bon Appétit, Your Majesty, malam tadi. Keseluruhannya Sk berpuas hati dengan penamatnya walaupun ada beberapa tanda tanya. Pertama, di mana jumpa Cef Yeon? Kedua, bagaiman Raja yang hidup tahun 1500 boleh datang ke tahun 2025 dan dapat jumpa semula dengan Cef Yeon? Tapi, itulah namanya fiksyen, jadi tak payah difikirkan sangat, kan. Yang penting, happy ending.


Hari sabtu lepas, masak Nasi Tomato dengan Ayam Masak Merah. Awalnya, PI kata, nak makan kari ayam dan ayam goreng. Tiber, mintak masakkan nasi tomato pulak. Sk pulak, memang lembab bab masak nasi berperisa ni. Gedebak-gedebuk, pukul 6 petang baru makan, hehehe. 

Yakin habis pulak tu semua bahan nak masak nasi tomato ada, sekali masa nak masak tu, tak jumpa kismis. Tak sedaplah pulak nasi tomato kalau tak ada kismis, mujurlah ada buah cranberry kering, hihihi. Sk masak 2 1/2 pot beras jer, bila dah masak, punyalah banyak nasinya tu. Jadi, separuh makan hari sabtu, separuh lagi makan semalam, hehehe. 

Sk mula-mula makan nasi tomato ni masa zaman belajar dulu, di Medan Selera Kebayan, Plaza Kotaraya. Kalau ke sana, dua makanan aje yang Sk makan sama ada nasi tomato atau nasi goreng cendawan.  Seingat Sk, arwah ibu tak pernah masak nasi tomato, kalau nasi minyak tu ada jugaklah. Bila dah kahwin, Sk tengok mak mentua masak nasi tomato ni hampir sama aje dengan masak nasi minyak, cuma tambah tomato puree jer.


Resipi Nasi Tomato

Bahan-bahan:

2 1/2 pot beras (cuci dan bilas)

4 sudu minyak sapi

3 ulas bawang merah dimayang halus

1 kulit kayu manis

2 kuntum bunga lawang

4 kuntum bunga cengkih

2 biji buah pelaga 

2 helai daun pandan

4 sudu tomato puree

1 pot susu cair

2 pot air

kismis (Sk ganti dengan buah cranberry kering)

4 sudu kacang pea

garam secukupnya


Cara-cara:

1. Panaskan minyak sapi, tumis bawang merah, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan biji buah pelaga bersama daun pandan hingga wangi.

2.  Masukkan tomato puri, kacau.

3. Masukkan susu cair, cranberry kering atau kismis, air serta garam, kacau.

4. Tuangkan dalam periuk nasi (beras), masak seperti biasa.

5. Apabila nasi mula mendidih, masukkan kacang pea. Kemudian biar hingga nasi kering.


Lauknya Ayam Masak Merah jer. Nasib PI tak mintak masakkan dalca, hahaha. Kalau dia nak dalca, Sk suruh beli kat kedai Thoufeeq aje la kot yang dah siap masak. Kalau suruh SK yang masak, pukul 9 malam baru siap agaknya, hihi.

Resipi Ayam Masak Merah

Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam potong kecil (perap sedikit garam dan kunyit, goreng separuh masak)

Sedikit minyak sapi dan minyak masak

3 ulas bawang putih cincang

1 helai daun pandan

2 sudu besar pes cili dan bawang 
(Cara buat pes cili dan bawang di sini)

3 sudu tomato puree

3 sudu kacang pea

1/2 bawang besar dipotong bulat

garam secukupnya

2 sudu gula


Cara-cara:

1. Panaskan minyak masak dan minyak sapi, tumiskan bawang putih dan daun pandan.

2. Masukkan pes cili dan bawang, kacau hingga pecah minyak.

3. Masukkan tomato puree. Jika agak kering boleh tambahkan sedikit air.

4. Masukkan kacang pea dan sedikit airnya, garam secukupnya dan gula.

5. Masukkan ayam dan bawang besar, renihkan sekejap sehingga bawang layu dan ayam masak sempurna.

Dah ada ayam masak merah, PI nak jugak ayam goreng.

Sebelum goreng ayam, goreng papadom dulu.

Sempatlah PI pergi kedai beli nenas dan timun untuk buat pencuk atau acar jelatah ni. Muak makan kalau tak ada pencuk.


PI kata, macam raya. Lama dah tak makan nasi tomato, kalau raya di Kedah, nasi tomato ni wajib masak bila raya tapi dah berapa kali raya tak jumpa nasi tomato sebab balik salah timing.


Semalam, tambah lagi setengah ekor masak ayam masak merah ni, sebab yang masak hari sabtu tinggal seketul aje.


Nasi tinggal panaskan, Pencuk pun Sk tambah jugak, ayam goreng pun tambah.


Balik dari Pontian semalam, singgah TMG Mart beli tembikai. PI buatkan jus tembikai guna blender baru yang beli kat Mitsui Outlet KLIA tu. Awal jugaklah makan semalam, lepas tu masing-masing tengok filem kegemaran masing-masing. PI macam biasalah tengok cerita tamil. Kadang-kadang Sk rasa, bunyi tv dia dah macam Sk duduk rumah jiran india kat sebelah, hahaha. 

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. SA x pandai masak nasi2 yang ada perisa macam nasi tomato, hujan panas, nasi minyak ke...tapi tengok resepi yang SK share ni macam senang aje nak buat...boleh cuba nanti ni

    ReplyDelete
  2. lama tk mkn ayam amsak merah ada kacang pes ..sedap tu tp nasi tomato kita kurang skit tp bole la mkn...lebih suka nasi minyak

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!