MENGINAP 1 MALAM DI VIP HOTEL SEGAMAT

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

 Assalamualaikum WBT 


LAGI dua hari sahaja kita dapat berjimba-jimba. Hari ini seperti yang diumumkan PMX, seluruh rakyat Malaysia diberi cuti tambahan sempena cuti Hari Malaysia esok. Ialah, kalau tak dapat cuti tambahan ni, tentu-tentu Sk terpaksa korban sehari cuti tahun. Tak mahulah kerja di hari isnin yang esoknya cuti, hahaha. Atau kalau rasa sayang cuti tahun, tentu hari ni dah masuk kerja, huhuhu. Tenkiu, PMX.


Apabila Kak Maznah menjemput ke Majlis Pertunangan anaknda Sulhi di Temerloh, Pahang, pada Sabtu lepas, PI merancang untuk bertolak awal dan transit di VIP Hotel Segamat yang kami pernah inap sebelum ini ketika menerima jemputan menyambut menantu sahabat PI, En Mansur. Boleh baca ceritanya di old post.





Kami bertolak petang selepas kerja dan dijangka sampai ke hotel anggaran tiga jam kemudian tapi berlaku kesesakan kira-kira 12km di Sedenak akibat kemalangan. Gedebak-gedebuk, pukul 8.30 malam macam tu baru sampai hotel. 


Kali ni dapat bilik aras 4, nombor bilik 4-13.


Bila baca semula old post, baru teringat hotel ni tak menyediakan nasi lemak dalam buffet sarapan, hihi.


Sepatutnya tiada perlawanan liga  melibatkan pasukan JDT tapi tiba-tiba jadual bertukar. PI akan membuat liputan secara dalam talian tapi sebaik tv dihidupkan perlawanan antara JDT - Penang dah masuk gol yang ke - 4. Tercengang kami dibuatnya. Pengulas perlawanan pun terkejut dan tak boleh hadam situasi yang berlaku sebab perlawanan baru memasuki beberapa minit pertama.


Kita tunggulah PI siapkan kerja dulu. Bilik hotel lengkap dengan peti sejuk yang teramat lah sejuknya ya, tapi tiada seterika disediakan. Jika nak gosok baju boleh guna seterika yang diletakkan berhampiran lobi lif.


Lapar nak tunggu bola habis. Teringat-ingat pulak dekat lobi ada mini mart jual pelbagai ramen, hihi.


Pakej penginapan disediakan bersama sarapan secara buffet. 


Depan ni kaunter telur. Tak ramai tetamu, minta omelette terus dapat.


Sk takde mood sangat nak berwestern.  Mula-mula Sk pilih Kueyteow Goreng. Letaklah sosej seketul dan ada ayam masak merah. Kopi kena ambillah, sekejap lagi nak memandu jauh.


Kelihatan pekerja hotel sedang membersihkan kolam renang.


Pusingan kedua makan nasi goreng cina pulak. Ambil seketul lagi mini sosej dan tambah wedges dua tiga ketul. Lepas sarapan, naik semula bilik, angkat beg yang telah dikemas awal-awal dan kami meneruskan perjalanan ke Temerloh.

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. SK, jemput PI datang ke Shervinton Hotel Tawau tempat kami menginap. Ada nasi lemak.

    ReplyDelete
  2. Senang je dia letak nama hotel VIP je. Terasa VIP orang yang menginap tu kan😁

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!