Assalamualaikum WBT
EMPAT beg baju kotor dibawa pulang selepas berjalan-jalan selama 4 hari 4 malam. Baru dua kali pusing membasuh dan sekali pusing mengering. Itu belum lagi bab nak melipat. Mungkin esok malam baru datang mood sambil layan kdrama, hahaha. Hari ni masih bermalas-malasan. Selain sedang menonton siri Bon Appetit, Your Majesty, yang masih ongoing, Sk juga sedang menonton The King's Affection yang diterbitkan pada tahun 2021. Seronok pulak layan drama tema istana ni.
PI pulak dah mengadu lapar. Dia selongkar peti ais cari udang. Sk suruh rendam udang dulu, Sk jerang nasi. Sementara tunggu nasi masak, PI siap pakej kopek kulit udang sekali. Bawang dah habis sebenarnya tapi ada baki sambal tumis nasi lemak yang Sk masak sebelum ni. Sk panaskan, tambah air sikit. Teringat pulak ada baki petai setengah plastik, jadilah Udang Sambal Petai Ekspress.
Aduh ..sambal udang petai tu memang tak tu.. tengok kaler pun dah menitik air liur koi...
ReplyDeletePergh terliur ..dinner malam Maggi campur telur pun sedappp kak Seri.ehheheeh
ReplyDelete