MAKAN SIZZLING YEE MEE DI RESTORAN THE HA ALIFFF

Seri Kandi Tanah Jauhar
1

 Assalamualaikum WBT 



SEPERTI yang dirancang, semalam Sk dan PI makan mi di kedai. Eh, opsss.. sebenarnya PI ajak makan western tapi kedai tu tutup pulak, padahal sepatutnya tutup hari Jumaat. Agaknya jalan-jalan cuti sekolah. Tu la jadinya dapatlah makan mi seperti yang dirancang sejak awal.


Dah lama tak makan dekat kedai ni. Tu takpe, lepas sekian lama makan kat sini baru tahu nama kedai ni The Ha Aliff. Selama ni kami panggil kedai hot plate jer.


Gatal tekak semalam nak minum yang sejuk dan manis. Passion Fruit Soda namanya. Segelas ni RM7. PI punya takde soda RM5. Seram Sk kalau dapat gelas kurus tinggi dan berpinggang macam ni. 


Membuka selera dengan fries cicah sos cili dan mayonis. Belajar cicah kentang dengan mayonis dari kawan kami, arwah Ramzi. 


Mula-mula dia hantar sepinggan, kitanya utamakan suami, hiks.


Tiup dulu sebelum suap nanti melocot bibir.


Sampai lagi sepinggan, kita bagi kamera makan dulu.


Ada ayam tiga ketul kecik, telur sebiji dan cendawan dua helai kot. Atas Yee Mee ditabur kubis. Harga tak silap RM12. Sedap kuahnya tak rasa kicap sangat. Alas kayu hot plate tu pun nampak elok putih tak berlumut. Pernah dulu makan dekat satu tempat tu, alas kayunya... astagaaa. Lepas tu macam serik nak makan sizzling mee, geli... hahahaha.

Post a Comment

1Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Setelah sekian lama baru tahu nama kedai ye. Ini parah ni. hihi..Saya pun seram lah dengan gelas ramping tu. Nampak tinggi padahal airnya ciput je. Nak minum pun payah. Kena angkat dan pegang ikut level mulut. Haa kalau kayu tu berlumut, saya pun geli nak makan. Kalau dulu sizzling hot plate ni macam meriah isinya. Sekarang ni boleh dikira berapa ketul berapa helai.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!