Assalamualaikum WBT
SEMASA menginap di Royale Chulan Seremban, malam tu Sk ajak PI makan makanan barat. PI setuju tapi syaratnya Sk belanja. Sk okey jer la, sebab dia dah banyak keluar modal, kan. Bayangkan jer la, duduk dekat VIP Hotel Segamat satu malam, duduk dekat Hotel Green Park Temerloh dua malam, duduk dekat Royale Chulan satu malam. Itu belum lagi tol, minyak dan makan. Jadi, takpelah kali ni Sk belanja pulak, sekali-sekala.
Sk mengajak PI ke Restoran Gastrohub yang terletak di Nilai. Tengok dalam waze, lebih kurang setengah jam perjalanan, rupanya, kena masuk highway eh. Terus risau takut jammed tapi mujurlah perjalanannya lancar pergi dan balik.
Untuk melihat menu, kena imbas kod QR yang diletakkan di meja tapi pesanan makanan dan minuman kena tulis dalam kertas pesanan ni sendiri. Lepas tu boleh panggil staf untuk serahkan kertas pesanan kita.
Teh Strawberry Panas (RM4.50) untuk TTK. Cantik betul set cawan air panas dia terus kita feeling datin-datin.
Longan Sea Coconut (RM9.90) untuk PI. Isi dia banyak atau mangkuk dia yang kecik. Agak susah nak minum la, kalau dia guna mangkuk besar sikit mungkin lagi mudah.
French Fries (RM15.50)
Kentang aje pun tapi sedap. Empuk kentangnya dan dia ada tabur garam-garam sikit. PI memang gemar makan fries. Banyak kali PI puji fries dia sedap sampai dah pergi makan kentang kat tempat lain pun dia tak boleh move on fries kat gastrohub ni.
Creamy Wild Mushroom Soup with Garlic Bread (RM19.90)
Rasa sup cendawan dia macam yang dalam tin. Agak pekat dan ada hirisan kasar cendawan dalamnya. Potongan garlic bread dia tak padan dengan nama restoran, potonglah cantik sikit.
Gastrohub Steak (RM89.90)
PI kata mahal, dia tak nak tapi Sk suruh ambik jugak. Steak tu kita minta medium rare. Daging empuk dan perapannya pun sedap. Sos lada hitam okey jugak sedap, tak masin.
Bawah steak tu, ada kentang putar dan sauted vege.
Grilled Salmon with Lemon Butter Sauce (RM45.90)
Stail dekat sini memang suka main hempap-hempap atas salad kot, hihi. Sos Vinaigrette untuk salad tu diasingkan, sedap ya bila campur kat salad tu. Salad dipotong dengan baik taklah besar-besar sampai susah nak sumbat dalam mulut. Lemon Butter Sauce tu sedap cuma agak berketul sikit. Kulit salmon pulak agak garing tapi sedap la bagi Sk, suka yang garing macam ni.
Makan besar la sebab tak dapat selalu nak datang sini, kan.
Sebab tahu tak datang lagi dah lain kali, kita pesanlah Classic Tiramisu (RM29.90) yang dihidangkan oleh cef. Ada jugak yang dah siap pek tramisunya. Tapi tulah, Sk dua kali tersedak serbuk kopi yang ditabur atas tiramisu ni, huhu.
Bab harga makanan tu okey lagi tapi mahalnya bayar cukai dan servis sampai RM35, huhu. Sk cakap dengan PI, dah sama macam PI bayar harga bilik kita kat RYS, hehehehe.
Kalau ada rezeki boleh datang, lagi.
terlebih serbuk nya kot...sampai tersedak2...hihihi
ReplyDeleteSA orang Seremban pun x sampai lagi sini...x aci ni kan...hahahha....okey Khamis lepas training kat Putrajaya bleh la SA pi sini
ReplyDeleteHahaha....kadang-kadang kita pun terbanding harga makan dengan harga tempat menginap. Kalau makan tempat kayangan sikit, harga makan lebih dari harga hotel satu malam. Tak apalah, bukan selalu.
ReplyDelete