MAKAN MALAM DI BUBUR NASI NO 1

Seri Kandi Tanah Jauhar
11

 Assalamualaikum WBT 


DAH bermula cuti penggal 2, sesi persekolahan 2025/2026 tahun ini. Cepat betul dah bulan September, kan. Teringat dulu-dulu, bila cuti sekolah punyalah syok sampai lupa diri. Mak tu, berkali-kali ingatkan, basuh kasut.. basuh kasut, eh, dia pulak, nanti.. nanti. Padahal mak tu, garang bukan main. Nanti, dah hari Jumaat baru gelabah nak basuh kasut. Hari pulak hujan, terpaksa letak kasut bawah esbox nak keringkan. Besok nak sekolah, malam baru terkial-kial nak mengapur. Tu takpa, baru sedar kapur kasut dah habis, hahahaha. Masukkan air dalam botol kapur sikit, goncang-goncang, hahahahah. 



Hari ini, insyaAllah, anak saudara PI yang tinggal di Kuala Nerus, Terengganu akan bertunang dengan gadis dari Temerloh. Biras Sk beritahu, tema warna lilac. Belikan la baju untuk PI dari TT tapi ketat, hahaha. Jadinya, hari tu PI ajak pergi aeon beli baju lain. Balik dari aeon, kami pergi makan di Bubur Nasi No 1 cawangan Larkin.


Servis dekat sini memang pantas. Baru letak punggung, staf datang bawa menu dan ambil pesanan. Baru nak kelip mata, bubur nasi dah dihidang ke meja.


Satu set bubur nasi mengandungi semangkuk bubur kosong, sepiring sayur kangkung belacan, separuh telur masin, kacang tanah, ikan bilis,lobak asin dan sambal.


Cara kami makan, masuk semua dalam mangkuk, gaul sikit-sikit sambil makan. 


Pesan sate daging 10 cucuk. Yang hari tu datang okey satunya. Kali ni macam tak pandai bakar. Ada yang kecut hangus tapi tu la, kami makan aje la, malas nak bising-bising.

Post a Comment

11Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. sedapnya bubur nasi...kita tk sihat mmg slalu request dgn husband menu bubur je la

    ReplyDelete
  2. Selamat nenikmati Bubur Nasi Sekelip Mata!

    ReplyDelete
  3. Lagi best, pejam mata tup2 bil dah ada org bayar ahak!
    Rasa nak buat bubur nasi la jugak, sementara semua ada ni.

    ReplyDelete
  4. kalau service pantas tu boleh dah bagi 3 bintang ;-)

    ReplyDelete
  5. Rindunya nak makan kat bubur nasi sentosa tu. Dulu belajar kat Pasir Gudang. Selalu jugak turun JB makan bubur nasi no1 ni.

    ReplyDelete
  6. uish da lama sungguh saya tak makan ni..entah sempat ke idok nak pergi..weekend ni kat JB tapi banyak nau schedule nya..haha

    ReplyDelete
  7. sesekali pekena bubur nasi pun best jugak..pasang pulak dengan sup daging.. memang bertambahlah yawabnya

    ReplyDelete
  8. Hanya mampu tersengih membaca drama cuti sekolah tu. Kenangan sungguh lah letak kasut belakang peti ais tu. Selagi tak last minit, mana rajin nak buat kan. hihi...
    Aduh, dah nak sampai harinya tak muat pulak ek. Kenalah beli baju baru.
    Banyak betul lauk pauknya untuk bubur ni. Banyak pilihan tu yang best. Sayangnya pulak sate tak berapa nak okay. Malas banyak bunyi kadang kan. Layankan je lah. Nasib baik tangkas dorang buat kerja kan.

    ReplyDelete
  9. Eh, baru semalam uncle makan sate jugak!

    ReplyDelete
  10. Saya suka juga makan bubur nasi berlauk macam ni. Kenyang makan.

    ReplyDelete
  11. Wah sedapnya bubur nasi....nak buat la..selera xde ni

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!