AYAM MASAK KICAP LETAK KENTANG BANYAK-BANYAK

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

 Assalamualaikum WBT 



BARU jer balik dari Program Jelajah Promosi di Kampung Temenin Baru, Kota Tinggi, minggu lepas, hari ini, Iman terbang ke Kuching, Sarawak, pula untuk program sukarelawan. Bukan Iman yang jadi sukarelawan tapi Iman merupakan ajk Kelab Studio UTM yang ditugaskan untuk melakukan penggambaran sepanjang program sukarelawan tersebut. Sementara di Kuching, Iman mintak tolong jagakan kereta dia. Jadi tengahari tadi, Sk balik rumah hantar kereta Sk, kemudian PI ambil dan hantar Sk ambil kereta Iman di U, lepas tu terus balik ke pejabat masing-masing. Sebelum ke U, kami singgah makan tengahari dulu di Restoran Nasi Kukus Nonie, Taman Teratai.


Tak ambil gambar nasi kukus ayam goreng berempah, tapi ini gambar jemput-jemput yang Sk beli di kantin untuk sarapan. Besar gedabak jemput-jemput tu, seketul 50 sen. Dia punya gedabak tu, Sk makan dua biji dah kekenyangan,  lagi dua biji Sk makan pukul 10 lebih, hehehe. 

Jap.. kata nak blog pasal Ayam Masak Kicap, kok jadi lain??? Hahahaha.



Berbalik kepada tajuk, masak Ayam Masak Kicap ni hari Jumaat. PI pesan letak kentang banyak-banyak. Kentangnya potong baji, digoreng terendam hingga garing. Kemudian sambung goreng ayam pulak. Siap goreng ayam, kurangkan minyak dalam kuali, kemudian masukkan empat sekawan, bawang besar dipotong bulat dan cili padi dibelah dua, kicap manis, lada hitam ditumbuk kasar dan ayam yang telah digoreng. Kacau kacau kacau .. siap!


Ayam masak kicap ni lauk yang Iman tak berapa nak makan tapi yang kelakar sepanjang di Kota Tinggi, hampir setiap hari dihidangkan dengan lauk ayam masak kicap ni. Sampai Iman terpaksa keluar ke bandar Kota Tinggi beli makanan lain, hehe. Mujur kampung tu dekat aje dengan bandar.


Antara program Jelajah, tengok anak gajah. Urmmm.. ada yang rindu Iman, tak? Hahahaha.

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Jauh Iman pergi cover story. Semoga dipermudahkan urusan Iman.
    Sedap, ayam masak kicap letak kentang banyak-banyak. Nanti nak tiru menu SK la. Hehe..

    ReplyDelete
  2. Makin cantik berseri Iman ni....best la program padat dan boleh pi jauh2..sama ngan Dania tu...banyak nau programnnya...minggu ni je dia balik cuti lama skit

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!