Assalamualaikum WBT
KALAU sebelum ini, setiap kali ke Kuantan, kami akan mengikut laluan Mersing atau Segamat, namun kali ini berbeza kerana tujuan kami hendak ke Temerloh yang merupakan titik tengah Semenanjung Malaysia, dua jam perjalanan jika dari Kuantan. Sk bertanyakan kawan Sk, orang Temerloh yang sebelum ini sama pejabat dengan Sk, laluan yang bagus untuk ke sana. Kawan Sk, Ain, memberitahu agar kami keluar di Plaza Tol Yong Peng, kemudian ke Segamat. Dari Segamat, ikut laluan ke Gemas dan Bahau, Negeri Sembilan. Kemudian Triang (Pahang) dan akhirnya ke Temerloh.
Bagi mengelakkan waze membawa kami ke jalan yang entah apa-apa, memang kami set waze dari satu daerah ke satu daerah, hahaha. Jadi, dari Segamat kami set ke Gemas, dari Gemas kami set ke Bahau. Dari Bahau, kami menuju ke Triang, perut pun dah menjerit-jerit kelaparan, kami singgah ke Restoran Udang Galah Orang Minyak yang terletak berhadapan dengan stesen bas Triang.
Katanya, udang galah di sini ditangkap setiap malam.
Alahai sedapnya kalau dapat Udang Galah Masak Lemak tu tapi Sk awal-awal dah mengalah sebab tahu PI mesti nak masakan sambal.
Restoran ini dirasmikan oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim.
Adakah tauke restoran ni orang minyak yang sebenar??? Hahahaha.
Selain udang galah, ada jugak masakan berasaskan ayam.
Nama menu-menu dia sedikit menggelikan hati, hihihi.
Murah, kan harga udang galah dia. Sk tak pasti saiz untuk udang galah celup tepung ni.
Selain Triang, restoran ini juga membuka cawangan di Lipis, Raub, Bera, Kuantan, Rompin dan banyak lagi. Eh, hampir semua daerah di Pahang la ada ni.
PI pesan Cikong sebaldi! (RM11.90)
Syahduuuuuu.
Tak kedekut isi laichikang tu, puas gali, hahaha.
Sk pesan air, Nenas Berlengas (RM10.90). Sejuk dan manis, dia letak nenas semestinya dan nata de coco.
Double Udang Galah Sambal Petai Harum Wangi (RM87.90). Menu untuk dua orang ni dah set dengan nasi, sayur kailan ikan masin dan telur dadar serta sambal belacan. Masakan sambal dia macam sambal Thai, sweet sour gitu. Petai dihiris dimasak bersama sambal. Tapi, isi udang galah tu tak kental la pulak, bila dikopek ia melekat pada kulit.
Telur dadar dia gebuuuu dan crunchy. Sedap dan tak berminyak.
Kailan ikan masin juga sedap, tapi kena jaga-jaga tulang ikan.
Ni dapat ambil gambar banyak sebab PI pergi cuci tangan, hihihi. Kami diberi pinggan, bolehlah alihkan nasi ke dalam pinggan masing-masing.
Ikan Bawal Emas Bakar Beleming (RM27.90). PI kata murah, tak macam ikan bawal emas kat PD tu, sampai RM70+. Ah, memanglah pun, ikannya pun tak besar sangat. Tapi isinya penuh jugak. Sambal ikan bakar pun sedap. Hurmm.. beleming tu apa, Sk tak faham, hihi.
Lambat jugak la tunggu ikan bakar siap padahal set udang galah tu sekejapan dah dihantar ke meja lepas pesanan diambil. Semasa kami makan ni, nampaklah pekerja bawa masuk tiga tong udang galah. Tapi semua pun nampaknya udang galah frozen. Patutlah isinya tak kental. Agaknya memang tangkap setiap malam tapi disejukbekukan dulu supaya tahan lama sebelum diedarkan ke cawangan-cawangan restoran orang minyak ni.
Total RM138.60. Tak ada sebarang cukai dikenakan. Terbaikkk!
Memang terbaik kalo menepati citarasa..
ReplyDelete