Assalamualaikum WBT
DAH beberapa kali sebenarnya PI mengajak jalan-jalan ke Port Dickson tapi Sk rasa macam tak de apa pun kat sana. Sebenarnya rasa macam jauh no dari plaza tol nak sampai ke PD tu, hehehe. Kalau tak nak pergi PD, kita gi Melaka, nak? Cadang PI. Ialah, dia tu janji dapat tekan minyak jer satu keseronokan la bagi dia. Disebabkan dah bosan asyik-asyik Melaka, Sk setuju la nak ke PD.
Macam biasa, urusan memilih dan menempah hotel dibuat oleh PI. Hotel ni tak ada gove rate. Urusan daftar masuk mudah dan tiada deposit dikenakan.
Sejak dulu setiap kali menginap di mana-mana hotel, tertunggu-tunggu nak tengok frame gambar Sultan dan Permaisuri Johor ni digantung di dinding hotel negeri lain yang kami menginap.
Hujung minggu, nampaknya tiada sebarang kursus berlaku di hotel ini.
Masuk bilik terkejut tengok besarnya katil. Ia merupakan dua buah katil super single dicantumkan.
Nombor bilik 8215 tapi bukan di tingkat 8, tapi tingkat 2. Bangunan hotel cuma tiga tingkat, lif pun cepat sampai bila kita nak gunakan.
Luas sangat ya biliknya.
Lengkap dengan kemudahan seterika dan papan penggosok serta peti keselamatan. Yang lain-lain sama la macam hotel-hotel lain juga tapi sejadah tak disediakan. Tu takpa, sebab kita bawa dah kan. Ni, laundry bag pun tak ada. Tak terfikir pulak nak tanya dengan housekeeping masa mereka datang mengemas bilik. Agaknya sebab kami bawa laundry bag juga.
Mereka sediakan sabun tangan, sabun badan dan shampoo dalam botol besar, puas la tekan. Cermin lampu ni cerah nak suluh muka, hehehe. Cuma tu la, tekanan air shower dia tak berapa nak laju.
Masa buat tempahan, boleh request nak bilik pemandangan apa. Yang ni PI pilih pemandangan laut. Semua bilik juga ada balkoni. Besar giler. Boleh muat sebuah kereta eh dalam ni. Tapi tu la, dia tak sediakan kerusi untuk melepak pulak kat sini.
Ni bilik aras bawah, ada private pool ya, tapi nampaknya tiada tamu menginap di bilik ni. Bilik yang hujunggggggg sana pun ada private pool, riban la harganya tapi.
Banyak jenis bilik ya dekat PRBR ni. Dekat sebelah kanan bilik ni, balkoninya kecik pulak. Yang kat bawah tu ada kerusi lepak disediakan.
Petang tu kami turun ke laut. PI jer mandi pool Sk malas nak basahkan baju.
Lepak sini tengok PI eksesais dalam air.
Ingat nak tengok sunset tapi terlindung awan tebal. Air laut sini jernih ya dan pasirnya pun bersih walaupun tak putih, tak ada kulit-kulit kerang atau ranting-ranting pokok.
Penginapan di sini ada pilihan dengan sarapan atau tidak. Kami ambil pakej bersama sarapan. Sarapannya pun basic sahaja la, menu-menu biasa sarapan di hotel yang tak banyak bintang tapi bagi Sk cukup lengkap. Ada english breakfast, ada menu lokal seperti nasi lemak, mee/ kueyteow goreng, ada mee sup, ada bubur, kuih, dessert, kek dan roti. Ada teh dan kopi. Disediakan juga jus buah-buahan bukan kordial.
Ni gambar pinggan PI, dia ambil western breakfast.
Pinggan Tuan Tanah Kedaung. Ada salad, sosej, kacang panggang, pau pandan, omelete dan samosa. Ruang restoran sangat luas dan boleh memuatkan ramai tetamu.
PI ambil telur separuh masak. Elok kejadiannya, mereka guna half boiled egg maker.
Sk ambil nasi lemak, kueyteow goreng dan yang bulat-bulat tu cendawan shitake masak kantonis. Kueyteow sedap, nasi lemak sedap tapi sambal dia macam pahit sikit.
Mengopi cawan kedua dengan bread butter pudding.
Lepas sarapan, turun ke laut. Ingat nak mandi laut tapi ada bendera merah larangan mandi tak tahu kenapa. Tengok ombaknya tak la bergulung-gulung. Ramai jer yang mandi tapi mandi kat tepi-tepi jer.
Ada tembok yang memisahkan kawasan hotel dengan pantai. Boleh turun ikut tangga yang disediakan ni. Dekat atas sebelah kiri ni ada pokok besar yang rendang, sesuai nak bentang tikar dan berkelah. Ramai berkelah dekat situ.
Ramai yang mandi kat tepi pantai. Dalam pukul 10, baru kami naik ke bilik.
PRBR ni hotel baharu, sebelumnya hotel lain yang dah lama tutup. Bila dah buat balik ni cantik jugak. Kedudukannya juga di kawasan yang strategik, mudah nak dapatkan barang keperluan dan mudah nak cari makan.
Petang tu, kami ke Mitsui Outlet Park KLIA. Balik tu, nahhhhh.. tengok dah macam semut dalam kolam, hehehe.
Bilik bawah ni nampaknya masih tiada tetamu menginap.
Hari terakhir di PRBR, dah siap nak check out dah ni. Kita isi perut dulu.
PI ambil nasi lemak dan rendang ayam. Semalam dia tak makan nasi lemak. PI kata, sambal dia masam, rendang ayam tu sedap, melambung PI puji.
Sk makan mee goreng. Semalam samosa, kali ni popia sayur. Ada lasagna sayuran. Mee goreng tu rasa mee goreng oldskul.
Disebabkan PI kata rendang ayam sedap, Sk ambil rendang ayam makan dengan nasi lemak kosong. Betullah sedap rendangnya. Nasi lemak tu memang sedap tapi kalau tak makan dengan sambal la, huhu.
Ambil bubur pulak.
Last but not least laaa.. ambil pastries dan white coffee. Black Coffee tak ada kat sini. Roti tu sedap, Sk panaskan dulu tapi.
Room service menu pun ada la bagi siapa yang malas nak keluar bilik, hehehe. Tapi, dekat depan hotel pun banyak tempat makan dari pagi sampai malam.
Ready dah nak balik. Selalu bawa luggage sorang satu, kali ni kongsi luggage. Macam-macam beg lain la ada, telekung lain, seterika pun Sk bawa sendiri. Yang beg oren tu blender baru beli kat Mitsui, hihihi. Bawa naik sebab tak nak panas dalam kereta.
Nanti datang lagi, Iman boleh tidur sini, hahahaha. Tapi serius tau, bilik dia besar amat, duduk ramai-ramai pun boleh, bentang jer comforter kar lantai kalau nak tidur tapi janganlah buat macam kenduri pulak. Diam-diam sudah, hahaha. Katil tu pun tiga orang dewasa boleh muat. Memang berbaloi, tak puas pulak datang 3 hari aje, hahaha.
Best ek sini. Haritu macam nak stay sini juga tapi baca review macam tak okay, tak jadi terus. Agaknya lepas renovate dan dah banyak penambaikkan, jadi okay lah sekarang. Bolehlah cuba-cuba menginap di sini pulak nanti. Best juga ada private beach tu. Dapat bilik hujung dekat laut tu mesti lagi best. Kena pergi weekdays lah kan murah sikit. Bilik luas tu yang best. Lagilah baru lepas renovate, selesalah sikit.
ReplyDeleteBiasa kalau number depan tu mewakili tingkat berapa kan. Lain pulak hotel ni ye. Luas jugak biliknya. Balkoni kemain luas. Kalau ada meja kerusi boleh mengopi sambil tengok view laut.. Makanan buffet pun meriah tu.
ReplyDeleteboleh masuk list ni kalau nak ke PD nanti, haha memang betul kan dari tol nak sampai PD tu memang jauh beno rasanya kan SK :)
ReplyDeletex pernah stay sini...macam x leh recall dia kat mana...tapi menarik gak kalau dapat stay sini...kolam besar dan dekat ngan pantai tu satu bonus
ReplyDeleteBanyak kemudahan disediakan di hotel. Tapi itulah, biasanya tak sempat hendak dimanfaatkan kerana selalunya kira jadikan hotel untuk tempat tidur dan bersihkan diri saja.
ReplyDeleteLuasnya bilik, puas hati.
ReplyDeleteSyok ni SK bercuti sambil shopping.
Amboi…blender pun ikut naik bilik ya 😄
Tak sangka pulak kita sama-sama ada di PD weekend lepas ya 😀
Menariklah hotel ni. Boleh masuk list ni.
ReplyDeleteSyukurlah PI bagi option, kalau tak balik kampung angkat PI la ye ahaha 😂
Bestnya dapat JJCM dan beristeri rehat
ReplyDelete