Assalamualaikum WBT
DAH hari khamis hari ni dan yang paling best dah 25 haribulan, hehehehe. Tapi tu la, dulu-dulu gaji masuk awal pagi sebelum subuh. Sekarang, pukul 9 ke 10 pagi baru masuk. Walaupun semua ada online banking untuk semak tapi ada seorang yang rajin akan beritahu dalam grup whatsapp. Selain beritahu bila gaji dah masuk, beliau jugak selalu update waktu solat setiap hari. Lepas tu, setiap kali masuk waktu solat, dia akan ingatkan. Banyak betul pahalanya menyampaikan berita gembira dan memberitahu waktu solat. Semoga Allah swt kurniakan syurga untuk beliau.
Baiklah, lagi cerita semasa ke Temerloh tuari. Selain menghadiri Majlis Pertunangan anak saudara, kami juga ambil kesempatan untuk JJCM. Malam terakhir, PI mengajak makan malam di Restoran Tomyam Hotpot Chiang Mai by Selera Tokma.
Antara menu wajib cuba di sini adalah Thai Miang Pla PÃ o, Thai Kerabu Maggie Udang dan Oyster with Thai Homemade Sauce. Tapi, satu pun kami tak pesan. Sebenarnya masih kenyang lagi makan nasi lauk kari daging siangnya campur penat menunggu yang tak hilang, selera makan pun tak berapa nak ada. Tapi, macam tak cukup syarat pulak kalau tak keluar makan, huhu.
Untuk pesanan, kita kena tulis sendiri pada kertas pesanan ni dan serahkan pada staf. Tak perlu pergi ke kaunter, mereka akan datang ambil di meja.
Orang ramai tapi servis bagus dan cepat jugak mereka menghidangkan pesanan di meja. Tengok tu, selambak nasi, boleh makan dua orang ni.
Jus tembikai untuk PI dan Mangga Float untuk TTK.
Nampak penuh, rupanya ais yang buat penuh. Sekali sedut tinggal separuh.
Tomyam Hotpot Chiang Mai. Banyak betul isinya tuuuu.
Ada udang galah, kupang, lala, siput buluh, sotong, cendawan, kupang.. lagi apatah. Berbaloi la macam ni RM24 tapi... terlalu kuat rasa pes tomyam. Berdesing lidah dibuatnya.
Kami tambah telur dadar dan sayur campur. Sk rasa, lebih banyak makan sayur, telur dadar dengan sambal belacan tu. Mujurlah Sk ni bukan jenis yang terus curah kuah dalam nasi. Selebihnya, Sk ratah haiwan laut dalam tomyam tanpa mengambil supaya.
Memang tak habislah tomyamnya, PI kata tinggal jer tapi Sk sayang, Sk mintak bungkus. Kotlah dekat hotel nanti rasa lapar balik, kan. Bolehlah ratah tomyam. Tapi, tak pun, huhuhu.
Nampak Temerloh Bistro (kedai mamak) masa nak balik hotel. Nak hilangkan rasa pes tomyam tu, PI makan roti canai dengan kari, hihihi. Barulah lega, kata PI, hahaha.
Meriah isi hotpot tu, puas hati makan. Mangga float tu menggoda betullll
ReplyDeletesedap tgk menu tomyam yg byk isi tu..ingt SK order set raja seafood tu tgk dlm tu ada udang galah..mangga float fav
ReplyDeletemak aii tomyam.. sampai terjulur keluar sepit udang tu hehe.. puas hati makan tu
ReplyDelete