MEE SEGERA MAMEE CHEF

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

 Assalamualaikum WBT 


SEJUK-SEJUK ni paling sedap makan maggi kan. (Baca : Mee Segera).



Terpengaruh dengan pempengaruh Blogger Azhafiza, beberapa bulan lepas, Sk beli Mee Segera jenama Mamee Chef perisa Laksa Kari. Dah lama beli dan masak sebenarnya tapi baru diterbitkan hari ini entrinya, hehehe.


Masa nak beli tu memang agak keliru nak pilih perisa yang mana satu. Tapi pilih laksa kari la kot sedap di tekak Sk ni. Ialah, kita dah biasa dengan perisa kari jenama yang lagi satu tu. Tak boleh nak beli banyak-banyak perisa terus, ruang simpan terhad dan nanti kalau ada banyak jadi lagi selalu nak makan mee Segera, hehehe.


Kalau selalunya Sk menumis sebelum memasak, kali ni pakai lebur aje. Rempah yang disediakan banyak pulak, ada serbuk rempah karinya, ada serbuk creamer, ada pes juga. Ternyata, mee segera mamee chef perisa laksa kari tidak mengecewakan Sk. Menghirup sehingga ke titisan terakhir.


Pakai muat naik aje gambar, dari mana pulak datangnya gambar ni, hahahaha. Baru teringat, gambar makan di Yong Tauhu Md Aris, Kampung Melayu Majidee. Biarlah eh gambar ni buat selingan.


Kalau perisa laksa kari tu Sk beli set (4 in 1), perisa lontong ni pulak beli pek cawan. Ni tinggal tuang air panas aje la. Beli ni sebab terjumpa dekat kedai Ninso.


Lepas masukkan semua rempah dan pes yang disediakan, tuang air panas dan biar terendam dua -  tiga minit.


Kacau kacau kacau, dah boleh makan. Ternyata ia tak menepati selera Sk sebagai penggemar lontong. Rasa muak dan Sk cuma makan separuh cawan aje. 


Beberapa minggu kemudian, teringin lagi makan mee segera laksa kari. Ada pulak banyak sayuran dalam esbox, kita campak la dalam periuk. Kali ni Sk masak pakai cara tumis.


Ada brokoli, tomato dan telur goyang is must.


Lepas ni tak pilih lagi yang lain. Kita setia dengan awak la mamee chef laksa kari. Yang cili-cili tu semua dari pek ya, memang dia dah siap bagi dalam bungkusan tu.

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!