SARAPAN NASI LEMAK DI HARI CUTI

Seri Kandi Tanah Jauhar
3

 Assalamualaikum WBT 


PAGI ni mendung. Hujan turun sejak awal subuh. Syok betullah kalau boleh sambung baring-baring tapi ada perut yang perlu diisi. Berangan ya nak keluar beli sarapan tapi entah macam mana, terrrrajin pulak nak masak nasi lemak. 

Sukat beras 1 1/2 pot aje, cuci, bilas, masukkan air dan serbuk santan jenama rasa, bawang dan halia dihiris, garam dan sedikit halba serta daun pandan kemudian masak dalam rice cooker.

Nak kisar cili kering tapi malas, guna jer cili giling jenama Puteri ni. Memang kureng sikit la rasa sambal tumisnya walaupun cara masak sama aje.

Telur pun tinggal tiga biji untuk dilenggangkan. Dapatlah empat keping.

Goreng ikan bilis mata biru yang berenang terbang dari Lahad Datu. 


Tak lengkap syarat nasi lemak. Kacang tanah tak ada, timun pun tak ada. 


Jarang-jarang berlaku ni, rajin masak nasi lemak pagi-pagi, hihihi. Lepas ni nak buat apa ek, nak jalan-jalan tapi hujan. Tu takpe, nanti esok nak kerja penat pulak, lebih baik kita berehat. 

Masalahnya, rehat ke?? 

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. sedap nasi lemak cuaca redup-redup ni.....kenyang sampai kepetang

    ReplyDelete
  2. Sedapnya nasi lemak homemade. Cie malas masak pagi ni nak berehat hari cuti.

    ReplyDelete
  3. Eh...sama la kita pun masak nasi lemaknsempena anniversary kita

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!