Assalamualaikum WBT
MALAM pertama di Port Dickson, PI ajak makan mee- mee di Ocean - Sky Seafood Restaurant yang terletak di Taman Mikamas, kira-kira setengah jam perjalanan dari Pacific Regency Beach Resort. Boleh tahan jugak la sesak bandar Port Dickson ni tapi, tu takpa. Staf beritahu mereka tak ambil pesanan mee dan semua pesanan makanan akan ambil masa 1 hingga 1 1/2 jam sebab tukang masak seorang. Memandangkan macam tak lapar sangat, PI kata, boleh tunggu, hahaha. Lepas tu staf tu datang balik ke meja kami, dia beritahu, mee semua dah habis, hahaha. Alasan tak nak masak la tu, kan. Sabar aje la.
Begitu-begini, setelah membuat carian di laman sosial, kami berpatah balik ke Teluk Kemang. Yacht By The Beach ni, konsepnya sama seperti Ocean -Sky Seafood iaitu Chinese Muslim Restaurant tetapi ianya lebih moden dan estetik.
Restoran di Telok Kemang ni merupakan cawangan baharu Yacht Restaurant. Sk kurang pasti di mana cawangan pertama. Tahu cawangan baru sebab tanya dengan staf.
Tak puas membelek menu pada aplikasi restoran, PI minta buku menu.
Antara signature dish di Yacht By The Beach. Tapi tu la, tak nampak pulak pantainya dah malam-malam tu.
Minuman Longan (RM6.50) untuk PI dan Pineapple Orange Passion (RM8.50) untuk Tuan Tanah Kedaung.
Meratah sayur Baby Kailan Oyster (RM12). Selambak sayur tu, pinggan dahlah besar.
Hokkien Noodle - Mihun (RM10). Tergelak-gelak tengok besar dan banyak tu boleh makan dua orang ya. Masa buat pesanan tu, tengok harga RM10, Sk tak sangka la banyak macam tu.
Gelakkan mihun PI selambak, PI pun ketawakan Sk sebab portion Cantonese Seafood - Kueyteow (RM15) ni lagi gedabak, hahaha. Sedap betul pulak tu, mereka masukkan sotong betul tapi udang frozen, bak kata Iman, macam rasa jelly, hihi. Tapi masakannya sedap la, puas hati. Cuma Sk tak mampu habiskan sebab terlalu banyak.
Restoran ni ada ruang terbuka juga di sebelah kiri dan kanan restoran. Menarik jugak kalau dapat duduk dalam khemah-khemah berlampu ni, kan.
Comel jer tengok background pada dinding luar restoran ni. Kita tangkap la foto satu bukti hadirrrr.
Boleh pulak ek mi²nya tak ada. Memang malas lah tu. Tukang masak sorang, mana mahunya. Penat kot...
ReplyDeleteTak pernah tahu pun kewujudan Yacht By The Beach ni. Umangaiii banyak ek. Gelak menggelak lah cerita dia. Sama-sama dapat porsi besar. Aduhh kalau saya memang tak habislah walau sedap pun.
cantik view yg khemah tu...cantonese kuehtiaw fav tp kalo guna udang frozen tk best..air longan fav
ReplyDeleteLama betul ye sampai > sejam nak masak...
ReplyDeleteHikmahnya dapatlah makan di The Yatch ni SK ye. Nampak tempat ni lawa dan harga makanan pun taklah mahal sangat wpun tempatnya nampak mewah
lama dah tak ke teluk kemang ..seingat last pi sana lebih 3 dekad dulu. mesti banyak yang dah berubah. tapi mee nampak sedap kecur la pula air iur
ReplyDeletealaaa...tiber xde mee erk...ngade x nak buat la tu order...Yatch ni dulu untuk Ahli je..x sangka dah jadi restoran chinese muslim
ReplyDeleteAiiiih kalo tahu big portion memang sharing lah 😄😄. Tapi best nampaknya makan sini dengan keluarga besar. Jadi memang bisa saling sharing dan pesan beberapa macam.
ReplyDeleteDua jenis minuman tu aduhai...terasa-rasa segar di tekak kita!
ReplyDeleteKuetiaw tu kalau Kak Amie memang terus hirup kuahnya laju-laju, dan makan aksesorinya. Tinggallah kuetiawnya longgok tengah pinggan hihihiii.
Wah, menarik la tempat ni. Boleh masuk dalam list. Harga makanan murah tapi portion besar 👍🏻
ReplyDeletebest laa mcm ni
ReplyDeleteportion besar2
kalau sy tak habis minta tlg bungkuskan hehehe