MAKAN DI MNK D'LOMAK SALAI & IKAN BAKAR @ PORT DICKSON

Seri Kandi Tanah Jauhar
1

 Assalamualaikum WBT 


SALAM MAULIDUR RASUL 1447H

Tema Maulidur Rasul tahun ini, "Membangun Ummah Madani"



Ambil kesempatan cuti hari ini, PI kata, tak yah masak. Maka Sk yang menurut perintah dan tak suka membantah, mengikut sajalah. Ikut punya ikut, sampailah ke Port Dickson (PD), hehehe.


Restoran D'Lomak Salai & Ikan Bakar ni menggunakan kaedah layan diri.


Ambil dulang yang disediakan, ambil nasi, lauk-pauk dan terus bawa ke kaunter buat bayaran. Minuman juga kena ambil sendiri.

Lauk pilihan PI, ikan pari bakar dan asam pedas tetel. Sk pilih ikan patin masak tempoyak. Lauk-pauk semua dah siap dalam mangkuk tinggal angkat masuk ke dulang.


Patin Masak Tempoyak dia sangat sedap di tekak Sk. Ikan tak hanyir langsung, gulai tempoyaknya berasa durian, bukan manis gula. Kuahnya pun pekat tak mengelat. 


Boleh letak kereta tepi jalan atau masuk dalam kawasan parkir disediakan.


Untuk tempahan, bolehlah menghubungi nombor telefon yang tertera. Kot-kotlah nak buat jamuan ke kan. Tapi sesuai untuk orang yang duduk PD aje la, hehehe.

Post a Comment

1Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Suka kedai makan konsep macam ni main letak je atas dulang. Senang nak pilih lauk pauk.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!