MAKAN MALAM DI GHANIM SEAFOOD RESTAURANT LAGI

Seri Kandi Tanah Jauhar
3

 Assalamualaikum WBT 


MALAM Jumaat lepas, pergi makan lagi di Ghanim Seafood Restaurant. Kali ni pergi berdua aje, awal-awal Sk dah ingatkan PI, jangan pesan lauk banyak-banyak. Ambil ikan, sayur dan udang jer. PI kata, okey.


Ni keliling-keliling ramai pelanggan, sini jer la macam clear sikit nak ambil gambar. Kami tengok ramai masih tak dapat makanan lagi, sama ada mereka pun baru jugak sampai atau memang makanan lambat. Tapi, Sk banyak baca review, ramai kata, berbaloi tunggu, tak kisah lambat, sebab sedap, heheh. Jadi, kami pun tak kisahlah menunggu.


Tapi, ajaibnya tak lama kemudian lauk-pauk yang kami pesan sampai ke meja. Ini ikan siakap stim Hong Kong la. Ada dua cara masakan ikan, goreng atau kukus, PI pilih kukus. Bagi Sk, kukus la paling sesuai untuk stim Hong Kong ni. Sos HK dia tak ada rasa manis, kalau manis sikit mesti sedap.


Baby kailan goreng.


Udang sambal. Rasa belacannya agak kuat, udang tu dia dah gunting kulitnya tinggal nak siat aje, memudahkan kita memakannya. 


Makanan bukan seafood yang wajib dipesan di restoran makanan laut Ialah ayam lemon, hehehe.


Satu lagi wajib masuk dalam list, sizzling toufu. Puas hati makan dekat Ghanim ni, kena masuk dalam bajet bulanan tapi tu la, kena bertabah sebab jauh dari rumah.

Burpppp.. Alhamdulillah.

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Macam order banyak je tu...x jadi order 3 lauk je ye PI...

    ReplyDelete
  2. Janji 3 menu, sampainya 5 erk hehe... Nampak pun sedap² masakan dekat sini. Berbaloi la repeat dan masuk dlm list wajib pergi setiap bulan :)

    ReplyDelete
  3. Wahhh banyak tu lauk pauknya. Terus terliur tengok nampak sedap semuanya ni.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!