LAKSA SARAWAK MAMEE CHEF

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum WBT 


SEJAK semalam, Iman berkampung di sebuah kem di kampung angkat PI kerana mengikuti kursus Team Building anjuran UTM. Peserta terdiri dari mereka yang akan terlibat dengan Minggu Mesra Mahasiswa (MMM) sempena kemasukan baharu mahasiswa UTM bagi sesi 2025/2026 yang akan berlaku pada bulan Oktober hadapan. Macam tak boleh duduk diam ek, orang lain seronok bercuti, dia tidak. Sejak awal September, berkampung seminggu di Kota Tinggi, kemudian berkampung seminggu pulak di Sarawak. Ni, ke Melaka pulak. Tak reti penat budak ni, yang peliknya, tak kurus-kurus pulak, hihihi.


Iman cerita, salah satu makanan yang dihidangkan semasa program ke Sarawak adalah Laksa Sarawak. Tak menahan pulak dengar cerita Iman, kita pun nak jugak makan Laksa Sarawak, tapi mampu makan yang segera aje lah. Laksa Sarawak keluaran Mamee Chef ni Sk beli di Kedai Ninso, RM2.40. Bawa air panas dari rumah semata nak makan LS ni dan sanggup pulak tak beli nasi untuk lunch. Oh, dekat sini ada jer mesin coway cuma Sk lagi suka guna air yang dimasak.



Dalam cawan disertakan pes laksa, serbuk perasa dan serbuk santan. 


Pes laksa


Serbuk perasa


Serbuk santan


Sk ja-rang ja-rang makan mee segera dalam cup ni, kena la baca cara penyediaan betul-betul supaya tak sesat, hihi.


Masukkan semua pes, serbuk dan santan dalam cawan kemudian tuang air panas separas tanda air. Sk pun tak nampak kat mana tanda air tu, tuang aje la air separas mi. Biarkan tiga minit, kemudian kacau dan nikmatinya.


Aaaa.. tiber ada telur rebus dalam cup Laksa Sarawak ni ek, hehehe. 
Sk ada esbox mini kat office ni dan kebetulan pulak ada telur rebus semalam. Sedap jugak LS segera ni cuma rasa macam jamu yang selalu rasa dalam LS tu tak berasa sangat. Kalau ada rasa jamu tu lagi pior la kan. Tapi ada orang tak suka rasa jamu tu, kan. Satu lagi, kalau dia guna bihun lagi original LS, kot. Tapi, risau nanti orang request nasi impit pulak dalam perisa Lontong Mamee Chef, hihi.


Lepas makan Laksa Sarawak, sambung pulak makan Kek Lapis Sarawak. Ni last call KLS yang Iman beli la. Kalau teringin lagi kena terbang ke Sarawak cari yang online la nampaknya.
Tags

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Siap telur rebus tu..special..
    Kalau Linda 1 cup tu tak puas..baik yang paket plastik tu..kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, ni kalau utk travel ok la. Yg bungkus tu puas makan, kan.

      Delete
  2. Adik kata Laksa Sarawak guna bihun sebab adik ipar saya orang Sarawak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah sy kata, kalau dia guna bihun lagi real Laksa Sarawak.

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!