Assalamualaikum WBT
KEJAP je ek dah hari isnin. Tak puas baring-baring jadi tapak Sulaiman, dah kena mengadap jammed balik. Apakan daya, orang comel macam kita semua memang kena kerja. Tak kerja macam mana nak dapat duit. Siapa kata duit bukan segalanya, segalanya memerlukan duit la. Tak ada duit rasa nak mati oi, hahahaha. Mati pun nak pakai duit banyak, huhu.
Sambung kisah
Menginap Satu Malam di Klana Resort Seremban, selepas sarapan, kami terus check out dan terus menuju ke Putrajaya. Memang sengaja gerak awal sebab Iman ajak jalan-jalan di IOI City Mall Putrajaya. PI beli baju kat sini untuk dipakai dalam tiga majlis perkahwinan anak menakan kami bulan depan, InsyaAllah.
Masih kenyang lagi sarapan, tapi penat jugak nak meronda satu mall ni, kami singgah mengopi di Gula Petite by Gula Cakery. Selalu tengok Gula Cakery di ig je, tak nak lepaskan peluang la bila dah nampak depan mata.
Truffle Chocolate Cake, RM19
Kek ni kaya dengan rasa coklat. Kek dia pun bukan jenis kek span. Krim coklat dia kental, bukan guna fresh cream semata.
Keylime Tart, RM16
Daripada crust sampai ke keknya, sungguh sedap. Rasa masam limau nipis tu buat ia tak muak dinikmati.
Kongsilah tiga orang sambil minum-minum. Habiskan masa nak tunggu waktu check in pukul 3.
Member dah mula nak menyakat.
Macam-macam lawak la keluar dua beranak ni. Yang sorang suka menyakat dan cari gaduh.
Watermelon Peach Tea untuk PI
Toffeenut Latte untuk Iman dan Sk minum Caramel Latte. Toffeenut Latte tu sedap sangat.
Iman tapau Tiramisu dan Mango Cheese Cake pulak.
Kopak RM134.20.
Lepas tu jalan-jalan sikit lagi, dalam pukul 2 dah tak larat, kami gerak jer ke hotel. Sikit lagi nak sampai, pengantin call cakap dah boleh ambil kad access bilik.
Petang tu, PI ajak pergi makan di Alamanda. Iman tak ada, dia pergi jumpa geng UTM dia ada pameran kat kawasan dekat-dekat situ jugak. SK dan PI cari makan di food court jer, makan nasi ayam. Bolehlah alas perut sebelum makan malam.
PI makan Nasi Ayam Hainan, Sk makan Nasi Ayam Panggang.
Lepas makan, jalan-jalan sekejap lepas tu terus balik hotel laaa.. kepala lutut rasa nak tanggal dah, hahahaha.
Takde ada rezeki jumpa SK di JB minggu lepas. Kami ke selatan, SK pulak ke Putrajaya 🤠lamanya tak mengopi di Gula Cakery.
ReplyDeleteOoo kakak ke putrajaya ye aritu..memang xde r3zeki la nak jumpa kan
ReplyDeleteMinggu baru ni ke minggu lepas SK ke Putrajaya, rasa macam minggu lepas, tapi baru post.. ehh ke salah hahahahaha
ReplyDeleteLin betul, Carneyz ngan Ret salah, hahaha.
DeleteSeronoknya dapat mengopi kat Gula Petite! Selalu tengok kat IG je kan, bila dapat depan mata memang wajib singgah. Tengok Keylime Tart dengan Truffle Chocolate Cake tu pun dah tahu padu, kena pula dengan Toffeenut Latte. Seronok tengok gelagat dua beranak tu menyakat, hilang penat berjalan satu mall. Hehe
ReplyDeletetak pernh try kek yg masam2 sbb suka yg manis2 haha....best tu ngopi2 kt gula cakery
ReplyDelete