Assalamualaikum WBT
LAPARNYA.. hari ini macam busy sikit, cuma sempat sarapan tiga biji epok-epok. Itupun makan dua biji pagi.. sebab awal pagi tadi ada meeting. Lepas meeting, makan lagi sebiji, sekarang lapar nasik, hehehehe. Awak-awak semua dah makan ke?
16 Jun lepas, tanpa apa-apa plan, kami ke Restoran Bob's Grill di Iskandar Puteri. Malam tu, PI ajak makan kat sini tapi Sk dan Iman pakai selekeh, Iman kata, kalau nak ke sini kenalah bersiap betul-betul. Lepas tu, dalam perjalanan tu buntu pulak la nak makan kat mana. Hurmm, last-last, Sk cakap, jom la pergi Bob's Grill tu. Dia sebenarnya dah beberapa hari PI berzikir nak ke sini, tu la tu, kita realisasikan malam tu terus, terlanjur esoknya merupakan cuti Awal Muharam.
Restoran ini terletak di Sunway City Iskandar Puteri. Penerapan warna merah dan hitam dengan cahaya lampu yang samar-samar, membuatkan Sk dan Iman rasa selamat sebab tak pakai cantik-cantik, hahaha. Dan disebabkan tu jugak, gambar makanan pun tak dapat nak tangkap cantik-cantik sebab cahaya kurang.
Sebetulnya gambar-gambar ni diambil selepas makan, sebelumnya ada pelanggan di meja-meja ni. Ni dah nak balik.
Poster aktor dan actress Hollywood menghiasi dinding. Yang sorang tu macam nak sama dengan yang sorang ni laaaa.
Sama tang kepala la kot, hehehe. Sk tak ingat sejak bila PI botakkan kepala. Sebenarnya rambut dia ada jer lagi tu tapi dulu-dulu tukang gunting rambut dia selalu ponteng, tu la tu dia dah malas nak pergi kedai gunting, cukur sendiri jer terus.
Beberapa hari sebelum tu, PI hantar whatsapp kat admin restoran bertanyakan tentang promo Bob's BBQ Buffet dan status halal restoran. Harga Bob's BBQ Buffet ni RM65++/ pax. Nanti kita tengok berbaloi ke tak ek. Oh ya, konsep buffet di sini, bukan macam buffet hotel yang ada buffet line atau kaunter buffet tu tapi mereka akan hidang makanan mengikut jumlah pax yang kita pesan. Contohnya, kami datang bertiga, jadi mereka hidangkan buffet untuk 3 pax. Nanti boleh tengok cara hidangannya tu ya.
Selain menu buffet, ada menu ala carte jugak. Tapi, kami tengok, harga buffet lagi murah berbanding harga main course tu.
Appetizer
Soup of The Day
Hari tu mereka hidangkan sup cendawan. Sup ni lain dari sup cendawan yang biasa kami makan kerana ianya agak berempah macam ada kari-kari gitu. Tengok rupa pun macam kari kan, tapi tak adalah rasa kari, cuma rasa berempah.
Sup ni dihidangkan seorang semangkuk, bukan diberi dalam satu mangkuk besar dan kita ceduk sendiri. Lepas tu, kan... baru jer Sk nak snap gambar sup ni, tiba-tiba mereka dah hantar makanan lain yang dalam kategori appetizer tu. Tanjatttt!
Nachos. Nachos ni datang bersama tomato salsa dan sos berkrim.
Ialah, namapun buffet, kan... terus dia letak satu-satu atas meja.
Grilled Butter Corn
Jagung dia lemak manis dan dibakar kemudian dioles dengan mentega dan direnjis dengan perisa lada putih. Lemak masin la gitu, sedap. Isi jagung pun gemuk-gemuk, sedap.
Potato Salad. Empuk kentang ni direbus. Sk suka ni.
Pasta Salad. Yang ni dia guna pasta penne, tapi pasta dia keras tak lembut macam al dente. Jadi, kurang sedap.
Sourdough with Hummus & Chili Oil.
Roti doh masam dengan hummus dan minyak cili ni macam menu dekat restoran Arab, kan. Tapi, Sk tak makan sangat roti ni sebab tak mahu nanti kenyang sangat.
Set Buffet tidak termasuk minuman, cuma disediakan air kosong free flow. Iman pilih Teh Tarik Kaw. Another level eh Teh Tarik dia. Tapi, kalau nak jimat, tak yah pesan minuman patutnya, haha.
Hidangan Sampingan, Stir Fried Vegetables dan Roasted New Potatoes. Brokoli dicelur dan kentang direbus dahulu kemudian dipanggang. Kami suka ni, sedap.
From The Grill
48-Hour Signature Marination
Tiga jenis masakan ayam iaitu:
Tamarind Marinated Chicken Thigh
Cajun Marinated Chicken Breast
Honey BBQ Chicken Wings
Tamarind Marinated Chicken Thigh dan Honey BBQ Chicken Wings tu sedap, tapi Sk kurang gemar Cajun Marinated tu mungkin sebab ia bahagian isi, jadi perapan cajun tu tak berasa sangat pada ayam.
Teriyaki Salmon Fillet
Kepingan salmon ni dimasak teriyaki, Sk suka ni dan Sk yang kasi perabis, hehehe. Ni semua tulang dia dah buang ya, senang nak makan.
Daging kambing dan lembu iaitu:
Rosemary Lamb Leg
Honey Mustard Angus Brisket
Slowcook Angus Topside
Paling win tentulah kambing dia, lembut dan empuk sangat.
Hari tu baca kat threads, pasal cuaca dekat Johor yang panas kebelakangan ni, ada threaders tu tanya, kalau orang Johor, dia guna perkataan apa untuk menggambarkan terlalu panas tu. Ada satu jawapan ni, dia jawab, PANAS NAK MAMPUS. Aaaa... betullah tu, orang Johor suka sebut NAK MAMPUS untuk menggambarkan 'terlalu', cuma Sk jarang nak sebut kat blog, sebab risau orang lain anggap terlalu kasar. Tapi, ni Sk nak tulis, kambing dia tu, sedap nak mampus yaaa.., hahahaha.
Bila dia dah letak penuh satu meja macam ni, sampai tak tahu nak makan yang mana.
Mula makan ikut etika.
Lepas tu guna tangan terus, hahaha.
Sk sopan ya.. cuma agak tak selesa sebab staf mereka berdiri berhampiran. Dorang siap siaga sebenarnya jika pelanggan perlukan apa-apa, tapi kita ni tak selesa rasa macam diperhati. Mungkin kena datang selalu la kot baru biasa dengan keadaan ni., hehehehe. Lepas dah tak larat nak makan, kami minta staf angkat semua pinggan hidangan tadi. Walaupun masih ada baki daging angus tu, konsepnya, tak boleh tapau, huhuhu. Hurmmm, ke boleh???
Dessert
Bread & Butter Pudding
Lepas dah kemas meja semua, baru mereka hantar dessert ni. Panas-panas pulak tu puding rotinya. Sedap jugak, ni kalau sambung mengopi mesti best ek.
Servis caj dia la mahal dan tu la tu Sk cakap, lain kali tak payah pesan air, minum aje ais kosong dia bagi tu, hihihi.
Ooo halal ea Kak.. next time bulan July ni besday Laki nak bawa dia ke sini... Teh Tarik level kayangan Kak tuu rm24 hengget hahahaha.. tapi puashati juga makan gini, takyah berebut ceduk makan kannnn..
ReplyDelete16% tax saja. Menyandar makan banyak sangat tu. Kena minum air kosong je ni. Kalau minum teh tarik muak juga kalau Cie.
ReplyDeleteFirst time kot PH tengok buffet dihidang terus atas meja gini. Best jugak, duduk je makanan sampai ke meja. Cuma itulah penuh meja pulak, rambang mata ai :D
ReplyDeleteSama erk Johor dgn Kedah, kami pun kalau hal/benda/perkara extreme sangat keluaq jugak nak mamfampusfus tu 🫣
saspens betul baca bab 'panas nak mampus' tu SK! Tapi betul, orang Johor memang faham sangat penangan perkataan tu kalau dah tahap ekstrem. Tengok kambing perap dia tu... aduh, terus rasa lapar la pulak. Berbaloi betul RM65++ kalau semua daging premium macam ni hidang terus kat meja!
ReplyDeleteKalau lapar nasik memang tak boleh bawa berunding dah. Obatnya makan nasik juga. kannn
ReplyDeleteYang tak plannya tu lah kadang berhasil. Itu biasa. Kita ni memang risau kalau pergi tempat elok sikit kena bersiap elok baru rasa okay.
The key of photography memang kena lighting on point. Baru kebabom hasilnya. Merah menyala betul interior dia.
Aduh, terliur pulak kita dengan jagung lemak manis. Di panggang tu yang jadi lagi sedap, tambah pula ada butter. Patah selera kalau ada yang kurang. Kalau pasta, linguini the sedap.
Tudiaa total lost boleh tahan jugak tu.
Sayapun kalau ke resto yg penerangannya remang2, kurang suka sebab susah nak foto makanan dengan proper 😄😄. Kadang harus dibantu dengan cahaya tambahan dari torch Hp.
ReplyDeleteKalau dah western style begini, memang dah pasti banyaaaak porsi hahahahah. Saya rasanya ikut kekenyangan baca ini kak. Jadi mungkin kalau nanti kesana, saya akan pesan ala carte saja ðŸ¤ðŸ˜„. .