Assalamualaikum WBT
RUTIN pagi Sk, isi air masak dalam botol untuk disejukkan dalam esbox. Iyerrr.. Sk masih oldskul, masak air guna cerek elektrik setiap pagi. Kalau zaman arwah bapak Sk dulu, jerang air dalam cerek atas dapur, kemudian bila dah mendidih, abah la tuang dalam termos. Nanti kalau urgent nak guna air panas, ambillah air dalam termos tu. Tapi, ni Sk masuk air dalam termos kecik-kecik, saiz travel, untuk PI satu, untuk Sk satu, dan letak satu uncang green tea untuk dibawa ke pejabat. Cerek elektrik kami saiz 2L, tu pagi-pagi kosongkan dan isi air baru untuk dimasak. Sk sengaja tak pasang mesin penapis air dekat rumah ni. Malah, Sk bawa air masak dari rumah walaupun di office ada dua tiga biji mesin penapis air. PI pun Sk bekalkan air (kordial) jugak. Tu yang tiap hari masak air sampai 2 kali, pagi dan petang.
Tak.. sebenarnya nak cerita, masa tengah tunggu nak penuhkan air dalam cerek, tiber rasa bahagian bawah perut sakit menekan-nekan. Tiba-tiba terus rasa tak sedap badan dan nak demam sampai berpeluh. Ahhh.. risau, nasib lepas tu okey sikit walaupun perut masih tak sedap. Terfikir, mungkin semalam banyak makan benda bercampur. Kek la, yogurt la, lepas tu malam pergi makan soto letak sambal kicap banyak-banyak. Kan, perut sendiri yang meragam.
Kafe Mak Enon ni baru sahaja dibuka di Taman Pulai Mutiara 2. Ni bak kata seorang threaders, kami penduduk asal Pulai tumpang sekaki la bila Taman Pulai Mutiara ni dibuka sebab banyak kedai kopi dan kafe dibuka di kawasan kedai yang bertentangan dengan taman kami.
Antaranya, Kafe Mak Enon, ni la. Cuma Kafe ni kedudukannya di sebelah belakang, yang mana tak nampak jika lalu di jalan utama. Pergi sini pada 25 April 2026.
Yang cakna dengan pembukaan Kafe ni, PI. Asyik mengajak makan bakso. SK musykil jugak la sejak bila PI minat dengan bakso?
Banyak eh menu dia.
Tapi, Iman tiga kali tukar menu sebab semua yang diminta pada awalnya tu tak ada. Last-last, Iman makan Nasi Lemak Ayam Goreng.
Pilihan Sk, Laksa Sarawak. Susah nak jumpa menu ni di kedai makan yang Sk ada singgah di Tanah Jauhar ni. Sekali hirup, terus rasa sedap, sambal belacan dia pun sedap. Macam biasa, save the best for last, udang tu lerrr. Mula, Sk ambik kepalanya dulu kemam, cepat-cepat Sk luah balik, rasa busuk. Kemudian, kopek kulit udang tu dan gigit sikit, sah, busuk dah udangnya. Sk ketepikan. Cuba udang yang kedua pun, sama jugak, busuk. SK cakap dengan kakak tu, macam owner. Dia sengih-sengih dan minta maaf jer. Ingat dia bagi la diskaun sikit harga LS tu, hurmmm.
PI tak habis makan bakso, dia kata tawar. Ye la, bakso memang macam tu la, kena letak kicap, cili dan sos, baru rasa dia naik. Tu la, tiber nak makan bakso, tapi tak reti, hihi.
Pesan takoyaki jugak, ni habis la.
Esoknya tu, 26 Mei 2026, Sk berdua jer dengan PI, ke Safiah Tulisman Bakery Cafe untuk makan malam. Katanya, dekat sini ada goreng pisang dijual sampai jam 1 pagi. Tapi ni, baru 9.38 malam, dah wassalam.
Lepas tu, terkejut, tengok dia guna gambar soto kita dalam menu dia, hahahah.
Adoi, nak meniaga gunalah gambar sendiri, baru aci!
Pesanan kena buat di kaunter dan terus bayar. Nanti pekerja hantar makanan ke meja.
Goreng pisang habis, kita pesan cekodok pisang, jadi ler.
PI makan Mihun Soto. Tak capai KPI dia.
SK makan lempeng jer. Lempeng cicah sambal, tak mengecewakan.
Kejadian baharu, 29 Mei 2026, kami tiga beranak, makan di Thong Bowl. PI la asyik tanya, sedap ke makan kat Thong Bowl. Dekat setengah jam jugak ni beratur tunggu giliran.
Lepas dapat meja, staf bagi menu. Pesanan kena ikut apps la tapi.
Lepas pesanan masuk dalam sistem, kita dapat la list order ni.
PI makan Australian Beef biasa. Iman makan Australian Beef Wagyu.
Mula la tu nak membandingkan dengan yang lain.
Nasib dia kata sedap.
SK malas nak makan sup-sup, ambil Dry Noodle, pas tu rasa macam nyesal sebab kurang adventures makan mi takde sup ni. Tu takpe, sebab datang ni dah malam, banyak menu viral dia habis. Bingsu pun habisssss sudaaaa. Tak dapat la berdessert bagai, tapi selamat duhettt!!
🤣🤣🤣
Sepp…saya pun tak pernah ada mesin air. Sejak kawin memang masak air, sejukkan, letak kat jug luar dan botol dalam esbok. Tapi sejak pindah utara, kami tukar cara sikit - beli air mineral untuk minum biasa/sejuk. Masak air kalau nak air panas je.
ReplyDeleteSaya geram sungguh kat peniaga yang tak reti rasa bersalah. Udang dah tak boleh makan patut hidangan tu kira tak payah bayar malah patut offer hidangan baru.
Ermm..nak meniaga tapi tak guna gambar hidangan sendiri. Tiap kali Sk datang makan, patut dia kena bagi makan free 😀
Akak pun masak air je takde air penapis ni bagai. Yang sejuk masuk bekas lain. Udang kalau dah rasa dah busuk patutnya jangan makan nanti sakit perut. Bila orang komplen eh gitu je ingatkan ganti baru. Em camtu nampak gaya tak lama ler kedai tu kalau kualiti tak jaga.
ReplyDeleteWah dah ada peminat blog ni siap ambik gambar makanan SK. Kena cas persen ni sebab guna tanpa permit. hehehe
Meriah menu kt Mak Enon tu... Thongbowl xpernh Try lg
ReplyDeleteBetul cakap Kak Notie dengan Ujie tu Sk... Sepatutnya hidangan tu tak payah bayar terus sebab dah terang-terang tak boleh makan. Kedai baru buka tapi kualiti ke laut tak jaga, lepas tu respons cenggitu jer... memang tak lama la gaya peniaga macam ni. Bertabahlah Sk, nasib baik sempat luah balik tak terus telan..sia-sia je sakit perut nanti...
ReplyDeleteNampak sedap semua menu kak oi.... selau jugak akak makan kat mak Enon ni ya
ReplyDeleteEh, gitu je dia guna gambar SK?
ReplyDeleteYg udang tu x bestnya, dah la save the best for the last niatnya. Tup² busuk pulak udangnya :(
Terkejut juga baca PI nak makan bakso 🤭