MENGINAP SATU MALAM DI KLANA RESORT SEREMBAN

Seri Kandi Tanah Jauhar
1

 Assalamualaikum WBT 


RISAU takut tak sempat sampai awal untuk bersiap ke Majlis Resepsi Shazreen dan Arfan di Putrajaya pada Sabtu, dua minggu lepas, Sk dan PI membuat keputusan untuk bertolak dari Tanah Jauhar dan transit di Seremban dahulu pada hari Jumaat, sehari sebelumnya. Sebaik sahaja masuk Plaza Tol Senai (U), lebuhraya menghala ke Kulai tak rileks ek nampaknya, jadi kami ambil persimpangan ke Skudai dan keluar di Senai menghala ke Sedenak, masuk lebuhraya utara selatan ikut Plaza Tol Sedenak. 


 
Ambil bilik Deluxe Room tapi Sk lupa nak ambil gambar dalam bilik sebab dah kepenatan. Bilik kami memuatkan dua buah katil yang kecil sedikit dari saiz permaisuri, muatlah satu katil berdua. Dalam kepala memang fikir nak rehat aje la, malas nak ambil gambar. Bilik lengkap dengan seterika dan kemudahan yang lain. Pancuran air pun laju dan memuaskan.




Pagi-pagi, Sk dah bersiap untuk check out awal sebab tak mahu tersangkut kesesakan yang biasa berlaku di Senawang sehinggakan terlupa pakej penginapan kami termasuk sarapan. Pakej sarapan untuk dua orang sahaja, tambah bayar untuk seorang lagi, RM29.




Jarang-jarang Sk pilih nasi lemak, tapi bila dengar PI cakap ada Sambal Sotong Kembang, Sk terus ceduk nasi lemak dulu. Sedap nasi lemaknya, Sk ambil sambal bawang jugak.




Rasa malas nak makan menu American Breakfast kali ni tapi tengok omelette semua dah siap, Sk ambillah kacang panggang, sosej dan yang bulat tu kentang. 




Meriah sarapan kali ni sebab ramai tetamu menginap. Mungkin sebelum ni tak ramai sebab resort dia tutup. Masa balik baru perasan, bilik penginapan semasa kali pertama menginap di sini tu yang Sk pernah cerita, masih ada lagi, terletak di bangunan berhampiran resort. Yang kami menginap ni bangunan utama hotel.




Lepas tu, Sk makan Kueyteow Sup.




Ambik pineapple biscuits ni tiga, sebiji Iman dah kidnap.




Melatte jugak.




Latte Iman buatkan.




Murah harga hi-tea dia, tak macam hotel kat Johor, harga sgd, hahahha.




Lunch pun murahnyaaaa.




Pakej perkahwinan pun mur mur.



Ngeteh RM6.80 ❎
Ngeteh RM68 ✅


Okey, ni mahal.. heheh




Japanese Buffet Lunch pun ada.



Selepas check out, kita ambil gambar beg kat sini. Tidur semalam aje, tapi begnya bawa jer turun semua, hahah. Masa kami datang ni, tengah ada krisis di Negeri Sembilan. Didoakan agar semuanya baik-baik sahaja di akhirnya. 

Post a Comment

1Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Saya pun kalau dah penat sangat, tak kuasa nak ambik gambar bilik hotel. Biarlah tak ada kenangan pun 😄

    Suami saya rajin update kat saya pasal krisis NS. Saya pulak malas ambik pusing, padahal ic kitaorang dah alamat NS 😄

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!