MEE BANDUNG SEDAP DI RESTORAN MEE BANDUNG UDANG GALAH NUSA SENTRAL - Alam Sari Di Tanah Jauhar

MEE BANDUNG SEDAP DI RESTORAN MEE BANDUNG UDANG GALAH NUSA SENTRAL

 Assalamualaikum...


KISAH Khamis lepas, hajatnya nak makan Mee Bandung Udang Galah di Restoran Mee Bandung Udang Galah sebelah Restoran Budak Siew Mai, Nusa Sentral tapi udang galah yang tinggal satu saiz aje, semangkuk RM39.90.. huwa huwa huwa. Tak sanggup nak membayaunya uii. Nasib baik ada Mee Bandung Daging, jadi kita makan yang daging aje la.. hehehe.


Disebabkan petang tu, Sk baru jer makan nasi lauk Ikan Biji Nangka Masak Gulai Tumis Darat, jadi SK cuma pesan segelas air detox, detox la sangat, hahaha. Tak sampai sepuluh minit, mee bandung daging dihidang ke meja, Pak Inche menyuap sesudu terus dia kata, sedapppp. Sk pun rasa kuahnya, ya, ini baru betul mee bandung. Memang betul sedap terasa rencah dan dagingnya. Bagi Sk, mee bandung yang sedap adalah yang ada rasa daging lembu, mukkkkk.


Iman tak silap pesan Nasi Goreng Kampung dengan Telur Dadar.. sungguhhhh sedap terasa rencah nasi goreng yang digoreng dengan penuh kasih sayang, walaupun sedikit lambat sampainya tapi taklah lambat sangat. Lain kali boleh repeat, mungkin baru-baru gaji ni tak terasa sangat kalau nak bayar harga mee udang galah RM39.90 sepinggan, kwang kwang kwanggggg!

Dalam carian google tak ada pulak alamat penuhnya, anda cari aje  Jalan Sentral 2, Taman Nusa Sentral, pasti ketemu... dan selamat menjamu selera šŸ˜˜




6 comments:

  1. tak pernah lagi jjcm sana.. boleh gi lah nanti

    ReplyDelete
  2. Nak rasa macamana kuah mee bandung rasa daging lembu. Setakat ni makan mee bandung kuah rasa kulit udang yang direbus, yang dibuat stok tu.

    ReplyDelete
  3. air bandung tu paling menggoda Allahu..

    ReplyDelete
  4. sedapnyaa.. klu makan ptg2 pun sedap ni

    ReplyDelete
  5. Ishhh kenapalah semua jejauh sana ekkk... Mak Inche pastikan potong cili tu, kang seminggu makan luar kang hahahahaha

    ReplyDelete
  6. mee bandung mmg feveret wak jugak nih., nnti leh try ., ;p

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih