Assalamualaikum...
SELEPAS Legend Of The Blue Sea dan Marriage Contract, lama Sk tak mengikuti drama bersiri Korea. Kalau movie tu, memang selalu tengok la, terutama sebelum PKP, memang suka sangat layan movie Korea. Sekarang ni pulak, macam dah kurang masa untuk menonton drama atau movie. Kalau betul-betul best, memang layanlah jugak, itupun biasanya sebab dah dirakam atau ada link di youtube. Macam mana nak tahu cerita tu betul-betul best ke tak? Ada seorang kawan Sk yang suka kongsi link drama atau movie best di fb. Hurmmm.. dari situlah Sk pilih, yang mana satu menawan hati, haha. Macam drama bersiri yang viral masa PKP tu, The World Of Married Couple.. yang tu Sk tonton separuh jalan aje. Ada jugak beberapa drama yang Sk cuba tonton tapi macam tak berapa nak serasi, tengok 15 minit dah jemu gitu. Tu makna tak best la tu..
Nak tahu tak, apa yang membuatkan Sk tertarik untuk menonton Crash Landing On You? Bukan sinopsis ya, sebab SK ni memang jenis yang tak baca sinopsis. Sk tertarik dengan pakaian hero dalam poster tu. Ya, uniform askar. Sk sangat meminati filem atau drama yang berat, penuh aksi dan saspens. Kalau cerita perang tu memang Sk sanggup berjaga malam, la. Bila mula menonton, SK tertarik dengan sinematografinya dan babak burung yang terbang melewati kem askar yang membuatkan Sk semakin teruja untuk mengetahui jalan cerita.
netflix suka suggest this drama.. tapi tak tertgk lagi huhuhu
ReplyDeleteIkan duyung tu kak, sampai dah 3 kali kita tengok hahahaha...agak bosan je tengok, sebab hero dia pujaan hero ku hahahahaha
ReplyDeleteBetul cerita ni best , saya tak pernah skip episode . sedih pun sedih berapa Kali dah nangis
Deleteadakah saya je yang belum pernah tgk cerita ni? haha
ReplyDeleteSA tgh tgok ITS OK NOT TO BE OK...nanti nak tgok ni jugak
ReplyDeletepermainan poker yang gampang menangnya hanya di IONQQ
ReplyDeleteayo segera di coba permainan kami :D
WA: +855 1537 3217