NASI AYAM LENGKUAS.. PUN BOLEH

Seri Kandi Tanah Jauhar
12

 Assalamualaikum...

NASI ayam.. antara makanan yang menjadi favourite Pak Inche terutamanya Nasi Ayam Hainan. Selalu Sk ceitakan tentang Pak Inche yang agak cerewet bila diajak makan di Food Court atau mall, tapi jika ada nasi ayam, insyaAllah, dia jarang menolak. Biasanya kami memilih The Chicken Rice Shop tapi jika ke Toppen, Kafe Kiri Kanan tentunya menjadi pilihan. Sk pulak, tak suka beli nasi ayam di luar terutama yang dijual di food court atau gerai atau restoran. Sebab bagi SK, sudahlah harganya agak mahal, ayamnya secoet aje. Lagi parah kalau dapat bahagian peha, halussssss.. kedekut! Hahaha.

Paling puas bila masak nasi ayam sendiri di rumah. Boleh makan ayamnya puas-puas. Malah 3/4 ekor ayam sekali hadap. Nak letak sambal banyak-banyak pun boleh. Tak ada orang nak jeling-jeling kalau kita asyik minta tambah sambal. Maklumlah, kami semua ni hantu sambal. Ni awak bagi sesudu tu, manalah nak rasanya, hahaha.


Sengaja kami beli ayam yang hanya dipotong empat untuk dimasak nasi ayam, bila-bila masa teringin. Tapi, yang ini bukan pasal teringin sangat cuma memang dah tak ada idea nak masak apo, hahaha. Teringat ayam ni, suruh Iman rendam siap-siap, supaya bila Sk balik nanti tinggal bersihkan dan rebus aje. Rupanya, Sk suruh tu pukul 3.30, dia tunggu kelas online habis pukul 5 tu baru direndam. Tu pun tak tenggelam dalam air, bertuah betul. Nasib baik ada periuk noxxa, Bila bahagian luar ayam dah lembut, Sk terus bersihkan. Dalam keadaan isinya masih berupa ais tu, masuk periuk noxxa, set HP 12 minit.. haaa.. baru boleh mula memasak. Kalau tak ada air rebusan ayam, macam mana nak masak nasi ayam, kan.. hehehe. Jimat masa sangatlah ada pressure cooker ni, tak sia-sia beli rasanya, berbaloi-baloi. Tapi, kan.. masa nak rebus ayam tulah, Sk baru perasan, halia yang Sk frozenkan tinggal 4 hiris jer, tu pun yang kecik-kecik. Lengkuas banyaklah, erkkkk.. lengkuas pun lengkuaslah. 

Sejak dah terror masak nasi ayam ni, semuanya pakai campak baling aje. Dulu.. punyalah gigih letak resepi tepi periuk, kahhhhh. Kebanyakan resipi nasi ayam pulak, kemahen susah, berbelit-belit. Yang mudah disusah-susahkan. Tapi ikutlah selera masing-masingkan. Kalau Sk ni, memang semuanya nak senang aje. Semua pakai short cut, hahaha. Lepas tu nak komplen resipi orang lain, pooodaaahhh! #sarcsm

Cara Sk masak nasi ayam la ni, macam masak nasi biasa aje, takde tumis-tumis. Masuk beras, air rebusan ayam, lemak ayam dan pati ayam Knorr. serta garam. Untuk perapan ayam, body ayam yang telah ditoskan selepas direndam dalam air sejuk tu, selain minyak bijan, kicap cair dan sos tiram, Sk tuangkan juga sos Lea & Perrins. Ada rasa omputeh sikit pulak, hahaha.. tapi sedap jugak kot, tengok Pak Inche makan sampai bertambah-tambah. Rasa lengkuas tu, memang tak effect apa-apa pada keseluruhan rasa. Syukurrrrr Alhamdulillah. Hurmmm, berapa kali pergi kedai asyik lupa beli halia, macam nilah jadinya.



Post a Comment

12Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Boleh la tu janji ada cuma lain skit la baunya kan...SA suka nasi ayam tapi ayam tu di steam...hehehehe

    ReplyDelete
  2. Pernah makan nasi ayam hainan yang dekat ipoh tu, mmg sedap betul

    ReplyDelete
  3. sama macam saya. Masak style mudah je.Lagi2 kalau masakan atas api macam nasi dan lauk2. Kalau kek ke , biskut ke tak pe la nak ikut resepi sangat.

    ReplyDelete
  4. nasib menjadi, dan nampak sangat2 tempting!

    ReplyDelete
  5. Lengkuas pun lengkuaslah SK janji Pak Inche makan bertambah-tambah hihi...

    ReplyDelete
  6. Haaa, puass makannn, janji sedapppppp! Kak, jangan lupa..beli haliaaa..set dalam hp...KAHKAHHHH

    ReplyDelete
  7. Betul kalau saya pun suka masak sendiri , baru kenyang banyak pun banyK

    ReplyDelete
  8. Sedapnyaa lahaiii... tioberr teringin plak nak masak nasi ayam...

    ReplyDelete

  9. dapatkan jackpot yang besar hanya di IONQQ
    WA: +855 1537 3217

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!