Assalamualaikum wbt
WALAUPUN sudah ditayangkan sejak 25 Ogos lepas, namun Sk baru berkesempatan menonton filem AIR FORCE THE MOVIE - SELAGI BERNYAWA, semalam, ketika cuti Sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 65. Tapi, jangan tataw, tiketnya kami dah beli awal-awal, sebelum ke Ipoh lagi. Tu kalau tak kerana Konvokesyen Iman, memang dah pergi tonton pada 26 hari Jumaat tu, hihi.
Sinopsis :
Mengisahkan tentang anggota Pasukan Khas Udara (PASKAU) yang diketuai oleh Kapten Adib dan mentornya, Mejar Adnan yang bertugas dalam misi bantuan kemanusiaan di Namburi, iaitu sebuah negara yang berada dalam pergolakan. Dalam perjalanan pulang ke Malaysia, pesawat mereka telah ditembak jatuh oleh pengganas.
Mengetahui perkara itu, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah mengarahkan misi untuk menyelamatkan mereka semua. Zafran, abang ipar kepada Adib dan juga seorang juruterbang SUKHOI berusaha untuk menyelamatkan mereka. Demi keselamatan bersama, mereka harus berkorban dan berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir.
Kali ini pergi tiga beranak. Dapat hall besar dan Iman pilih single seat. Kerusi berasingan ni ada mode gegar. Kelakar, masa ia bergegar tu, serentak Sk dan Pak Inche toleh belakang, ingat ada orang tendang-tendang kerusi ke? Tengok, kemahen jauh orang belakang. Iman cakap, kerusi yang gegar, dia pun teruja gak, hehe. Tapi sekali jer tu gegarnya.
Selain Mat Kilau Dato Adi Putra, filem ini terlihat segar dengan kemunculan Nas-T dan beberapa pelakon lain yang sering kita saksikan membawakan watak antagonis. Tak hensem tak apa, janji hero, begitulah kiranya. Ramai yang memuji filem ini. Pak Inche sendiri, yang biasanya hanya menonton filem aksi perang omputeh memberikan 4.7/5 bintang manakala Iman memberi 9.5/10. Sk nampak juga ada yang beri 11/10.
Hero mati ya. Tapi, cara dia mati tu, membuat Sk agak terkilan la. Mejar Adnan atau Lejen, dahlah asyik salah membuat pilihan, kemudiannya sanggup terkorban bersama puak musuh. Apa ke nama alat pengesan yang dipegangnya tu untuk menentukan kedudukan musuh yang akan ditewaskan oleh pasukan penyelamat. Tak boleh ke ditinggalkan jer kat situ, nampak, ianya tak la perlu ditekan sepanjang masa pun. Bolehlah kan jika mejar nak selamatkan diri bersama anak buahnya yang lain. Iman kata, agaknya mejar dah tak larat. Eh, bukan ke dia yang asyik kata, selagi bernyawa.. selagi bernyawa.. eh, tak boleh move on la babak ni, hahaha.
Mejar Adnan bagi sebuah kotak pada Matno dan pesan agar jaga kotak tu seperti menjaga nyawa sendiri. Tentu ramai yang nak tahu, apa kandungan atau rahsia kotak tu, kan. Tak.. tak diberitahu pun sampai ke sudah. Lepas tu, Johan Ashari tu, kan... hurmmm. Tolonglah lepas ni bagi watak elok-elok pada dia, hehehe. Watak isteri Mejar Adnan pulak, betul-betul tempelan dan tiada emosi langsung. Mungkin lebih baik jika diadakan babak isteri Mejar yang gelisah menanti khabar suami. Namun, keseluruhan filem ini tidaklah mengecewakan Sk. Sk bagi 4 bintang, cukup?
Hall 1 Premier. Rasanya ini hall yang sama Sk bawa pelajar kolej menonton filem PASKAL. Kali ni, tak ada plan pulak nak bawa pelajar tonton Air Force.
Sekarang, Iman dah ambil alih tugas beli tiket wayang.
Ramai yang pesan agar bawa tisu jika menonton AFTMSB. Sk sebak la jugak, tapi taklah menangis tapi Pak Inche nangis, haha. Dia tengok Kabhi Kushi Kabhi Gham pun nangis, hahaha.
Dewan ni memuatkan satu barisan double seat, dua barisan single seat dan yang lain tu seat biasa. Besar sangat hall ni. Kami pilih show time jam 11 pagi, dapat tiket RM13.. berbaloi-baloi la. Sk selagi boleh jimat, kan.
Lepas tengok wayang, ajak Pak Inche makan nasi campur di Medan Selera, tapi Pak Inche ajak makan Nasi Daun Pisang di Ashoka. Hurmmm... nasiblah, dapat laki mamak, kan. Ni lauk pilihan Sk. Sejenis tamak ambil sayur, kalau ada tujuh sayur, tujuh sayur la kot Sk ceduk, hehehe.
Iman tak suka sayur yang ada tu, dia suka kubis atau taugeh jer. Ayam Varuvel menjadi pilihan kami.
Pak Inche ambil sayur bayam dan ayam kari. Ayam goreng kegemaran tak ada. Dulu-dulu, kat sini, kita boleh request ayam goreng atau ikan goreng panas-panas.
Rasanya, yang 16 tu, harga makanan Sk, hahaha. Murah lagi la berbanding kat Bananabro dan The Banana Leaf.
Singgah Syurga Dessert, beli makan petang. Nanti SK buat entri lain Syurga Dessert ni. Oh ya, ni muka orang demam sebenarnya. Gagahkan juga sebab dah beli tiket kan. Jangan risau, saya negatif covid 19.
Malam tu, dinner kat Bismi Curry House. Teringin nak makan Maggi Sup. Adik tu tanya, nak perisa apa? Oh, tentulah kari. Ini pertama kali tau Sk pesan Maggi Sup kat sini, selalu maggi goreng, kan. Ternyata maggi sup lagi sedap laaaa.
Agak lambat jugak makanan sampai. Orang pun ramai giler malam tadi, semua malas masak agaknya, hahaha. Iman makan Roti Telur, Pak Inche makan tosei, roti canai pun nak jugak. Eh.. teringat-ingatlah pulak kesedapan maggi sup tu, hahaha.
Minggu lepas dengar depa 3 beradik tu dok sembang pi tengok AFTM ni ..
ReplyDeleteDepa dok banding dengan Mat Kilau
Saya ingtkan cerita omputih..🤣🤣🤣
Tajuk kasi gempak, hehehe
DeleteBest!! Tp sy pun nyampah la watak johan asyari tu hahaha.. Rs watak dia xde pun ok haha tp debo bila tiap kali musuh dh dkt... Saya pun tgk filem ni hari merdeka aritu.. Jimat tiket
ReplyDeleteSK Rekemen tak nak nengok citer ni? hahahah...minggu depan SA cuti lama ni...rasa nak tgok tp xde geng..bf kiter kerja kat Spore
ReplyDeleteDah tengok gak... Pelik kenapa laki yg bwk kotak itam tu x letak je brg dlm bag dia.. haaa.. Leh plak x jatuh jatuh masa berlarian sana sini 😆 Bebetul jaga cam nyawa sendirik letew cam Lejen suruh 😂
ReplyDeleteSaya tgk 4D haritu.. Sentiasa berdebar rasa😁 Pssst, nampam sedap maggi sup.. nanti nk try la.. maggi sup kt kedai punya 🤗