KARI SOTONG VS AYAM GORENG

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum WBT

PUSING-PUSING tu jer la lauk yang dimasak kat rumah Sk ni. Tak kari, sambal.. Tak sambal kari 😆. Kari.. sambal.. kari.. sambal. Kalau ada cadangan lauk lain, akan terdengarlah suara bantahan. Macam semalam, kununnya nak la masak Udang Masak Lemak Cili Api. Dia punya tanak lauk tu sanggup pulak makan nasi lauk kari kat kedai mamak. Rasakan, tak sedap lauk kari mamak tu, hahahaha.


Pak Inche minta masakkan Sotong Masak Kari. Sk terus teringatkan sotong yang biasa Sk makan di Restoran Nasi Kandar yang dimasak seekor-seekor. Tiba-tiba tengah mem-blog ni, teringat jugak semasa Sk bekerja di Medan Cahaya yang bersebelahan Danga City Mall. Danga City Mall tu dulu masa mula-mula dibuka namanya Best World. Kalau nak makan tengahari, Sk selalu tapau di sebuah restoran terbuka seberang jalan besar dan lauk pilihan Sk adalah Kari Sotong. Sotongnya besar dan dimasak seekor-seekor. Pak Inche dan Iman pulak, tak suka sotong seekor-seekor, mesti nak dipotong-potong. Tu nanti, masa makan pun, sotong tu, dorang gigit bagi lagi kecik. Tu yang selalu kalau masak sotong dua ekor pun tak habis 😆.

Jadi, kali ni, Sk memang tak potonglah sotongnya. Sotong pulak ada tiga ekor. Kira sorang satu ekor, kan. Iman pulak dapat panggilan pulau, ada perjumpaan dengan rakan kelab di Restoran Kawd. Lepas siang dan bersihkan sotong, Sk sumbat semula kepala sotong dalam badan dia, kemudian kelar-kelar dengan pisau. 


Nak dapatkan rasa kari sotong sama macam restoran nasi kandar, kenalah masak rempahnya pekat-pekat. Biarkan rempah masak sampai terbit minyak, masukkan garam dan asam keping, biar betul-betul sebati, barulah letak sotong pelan-pelan dalam kuali. Kemudian cedok rempah kari tuang atas badan sotong. Air yang keluar dari sotong tu, kacau pelan-pelan dengan hujung senduk, jangan bagi sotong bergerak, nanti tak cantik pulak bentuk badan sotong yang kita dah kelar-kelar tadi. Masak dalam lima minit, apabila sotong dah berhenti keluarkan air, bolehlah  matikan api.


Macam selalu la ya, Pak Inche tak balik berlenggang, dia bawa ayam seekor. Nak makan Ayam Goreng dengan Kari Sotong. Dia tahu, Sk marah ya kalau dah siap masak kemudian ditambah kerja nak mencuci dan menggoreng ayam tu. Jadi, dialah buat semua, cuci, tos dan bahagikan potongan ayam masukkan dalam bekas-bekas sebelum simpan dalam freezer. Kemudian beberapa ketul ayam lagi diperap dengan serbuk kunyit, garam dan pes cili. Lepas tu buat muka kesian mintak tolong gorengkan.


Makan dua berdua ajelah, Imannya dah keluar jumpa rakan kelab. Tahulah, di U kena dan wajib join kelab untuk tambah markah merit. Iman nak tinggal di kolej kediaman insyaAllah, sampai habis belajar. Walaupun rumah dekat tapi azab oi nak mengadap jalan sesak. Dari rumah nak sampai u aje kena berhenti di enam persimpangan lampu isyarat. Tu belum lagi nak kena lalu depan sekolah. Jadi, kenalah mengaktifkan diri. Masa mula-mula dulu, Iman join Kelab Teater. Sekarang dah tukar kelab lain pulak sebab tak larat, setiap kali ada plan persembahan, kena balik pukul 3 - 4 pagi untuk siapkan props. 

Aaaaa... Nanti Sk cerita la ya, Iman join kelab apa pula 😆.

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. ya allah tgk ayam goreng tu.. nak sikit :p hahahha

    ReplyDelete
  2. Okeh! Tunggu cerita Iman pulak! #taksabar

    ReplyDelete
  3. Nampak sedap, ok! Kari sotong. Tak pernah masak sotong tak potong, kelar-kelar je. Nampak menarik pula.

    ReplyDelete
  4. dulu dulu macam takde kena join kelab, ada koko setiap petang rabu je. dulu saya ambil kraft batik dan kompang

    ReplyDelete
  5. hahaha... x kari, kicap, itu je lah kat rumah sy kak.. hahhaha... tp sotong kari ni mmg x pernah jejak dapur rumah sy... selalu sotong kicap je ataupun sotong sambal

    ReplyDelete
  6. Kadang tak perasan balik-balik masak benda yang sama. Tapi kalau dah suka yang itu itu juga, apa salahnya kan SK. Yang penting perut kenyang, hati pun sonang hahahahaa.

    ReplyDelete
  7. sedapnya...tergolek sotong dlm kuah kari pekat...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!