MENGINAP 3H2M DI HOTEL IMPIANA IPOH

Seri Kandi Tanah Jauhar
15

 Assalamualaikum WBT

IMAN dok merungut, Pak Inche, kalau masa Iman tengah ada kuliah, ada program, sibuk la nak pergi bercuti tapi bila Iman dah cuti semester, Pak Inche pulak sibuk dengan kerja, masa tu la nak ada bola, nak ada presentation, hah.. menyampah betul, hihi. Memang betul pun, setiap kali begitu ya, jadi, mendadak juga program ke Ipoh ni. Nak kejarkan sebelum cuti sekolah dua minggu lagi, tak sanggup mengadap jalan jem. Lagipun, cuma minggu ni yang kami berdua tak sibuk, minggu depan ada bola dan kolej Sk pun ada pengambilan baharu untuk kursus tertentu.


Tanpa bertanya, terus aje Pak Inche tempah Hotel Impiana Ipoh ni. Ini kali kedua kami menginap di sini dan dulu katanya serik nak datang sini lagi tapi Pak Inche kata, sini la yang paling murah, RM270 termasuk sarapan pagi untuk dua orang. Yang lain semua RM350++.


Dapat bilik Tingkat 5


Ambil bilik deluxe, besar bilik tapi vibe hotel dulu-dulu la.


Pintu almari pun tinggal sebelah, hahaha.


Panel suis pun old skul tapi masih berfungsi dengan baik.


Bilik air mungkin telah direnovasi. Dari pengalaman Sk, mana-mana hotel di Ipoh ni tekanan air dia tak laju. 


Semuanya lengkap.


Berkurun lama dah agaknya peti sejuk ni.



Bilik Iman Deluxe Twin.. bersambung dengan bilik Sk, Deluxe King. Okeylah dapat RM270 dengan sarapan. Kalau tanpa sarapan RM222 tak silap. Hari kedua, Iman ajak kawan dia, Shaf, masa ambil Diploma Teknologi Maklumat (Digital) di Politeknik Ungku Omar dulu stay satu malam.


Peti sejuk baru dan iron board baru tapi pintu almari dah lesap, hahahaha.


Mula ingatkan nak stay sehari dengan sarapan dan sehari lagi tanpa sarapan sebab nak cari sarapan di kopitiam tapi kami dicadangkan untuk walk-in pada hari yang nak ambil sarapan tu. Harga berbeza iaitu RM37.90, eh.. macam rugi la pulak, jadi ambil sajalah sarapan kedua-dua hari.


Masuk-masuk nampak kaunter mee. Ada pilihan Kuey Teow Soup dan Mee Bandung. Kuah mee bandung pekat likat.


Seperti biasa la, mulakan dengan American Breakfast. Minta omelette di kaunter telur tapi sosej ke apa ke.. sampai ke sudah tak top up padahal masa ni baru dalam 9.30 pagi.


Yey! Ada nasi lemak. Pak Inche senyap aje makan makna kata sedap la kan.


Sk ambil nasi lemak jugalah, ternyata betul-betul sedap ya nasi lemaknya, bukan sedap biasa-biasa. Selain tu, ada tiga lauk disediakan untuk nasi lemak iaitu ayam goreng, ayam rendang dan daging masak hitam, semua lauk tu pun sedap, daging lembut sangat. Sk ambil mee goreng juga, pun sedap. Selain tu ada juga pulut kuning dan kari ayam.


Suka penerapan warna di kafeteria ni, manis dan damai, cuma ruang dan kapasiti tak banyak. Tak boleh dibayangkan kalau waktu puncak/cuti macam mana.


Balik bilik, housekeeping dah siap kemas bilik, sungguh efisyen.


Siap dudukkan gajah Iman, hahahaha. Baby elephant ni memang bantal dak Iman usung sana sini 😆😆.


Seperti dijangka, hari kedua (Ahad, hari ni), memang full house. Apa yang buat kami kecewa, tiada staf yang membantu sediakan meja, kena cari meja sendiri dan menunggu lama jugak untuk meja dibersihkan.. hurmmm.


Hotel-hotel di Ipoh memang biasanya ada sediakan Hor Fun dalam menu sarapan. Cili padi potong tak ada, dah tengah makan baru diletak, mungkin masa Sk ambil hor fun tu staf tengah top up dan angkat dengan mangkuknya sekali, haha.


Ada nasi goreng cina. Sk ambil lagi nasi lemak, sedap macam semalam. Lauk hari ini, sambal babat lembu, rendang ayam dan ayam goreng. Semua sedap.


Ambil roti jer la.. kecewa sebab dorang tak top up set western.


Orang dah tak ada, terajin nak ambil gambar di meja buffet.


Ada nasi impit dan kuah lodeh. Iman kata, lodeh pekat sangat. Sk tak ambil lontong kali ni.


Selain tu ada soto jugak tau. Jadi, nasi impit tadi boleh makan sebagai Soto Nasi jugak.


Bubur dan condiments. Selain tu ada juga roti canai (frozen). Menu banyak cuma tu la.. set western tu diorang tak top up pun, sama macam semalam jugak. Nampak macam tak cukup staf, entahlah, nak komplen lebih-lebih pun kesian juga kannn.  

🥹
Tags

Post a Comment

15Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Wak dah jangka, mesti ada gambar bilik air

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saja letak nak tunggu wak komen, hahah. Okey, janji lepas ni tak ada dah gambar bilik air ya wak. Tapi kalau bilik air cantik kena letak tau wak 😆.

      Delete
  2. Kita pun pernah stay sini... Tapi lupa dah macamana keadaannya haha ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la.. yg stay dulu tu nanti sy cari jika ada link, sy edit.

      Delete
  3. Almari tu konsep 'open air' hehehehe

    ReplyDelete
  4. bantal anak gajah jugak yg menjadi pojaan hehehe

    ReplyDelete
  5. Banyak juga menu sarapannya.
    2 hari di Ipoh, jalan ke mana itu?

    ReplyDelete
  6. Banyak varieti makanan kat hotel ni, ok la berbaloi bayar harga tu.

    ReplyDelete
  7. Saya kalau dapat makan sedap...kelengkapan lain jatuh no 2...🤣

    ReplyDelete
  8. Bila Iman dah merungut, terus Pak Inche book hotel ye. Bertuah Iman. Betul-betul oldskool ye biliknya kecuali bilik air macam hotel mewah. Tudiaa lah, lepas terus pintu lemari. Pagi-pagi dapat nasi lemak sedap memang syoklah.

    ReplyDelete
  9. SA berkenan ngan bantal anak gajah tu..terus tunjuk kat tunang, dia kata lepas ni tak yah la bantal anak gajah, dia bleh jadi bantal..muahahahahahaha...apapun plan JJCM Ipoh ngan Dania nanti nak proceed lepa mama dia tawen

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!